Skip to playerSkip to main content
Setelah lebih seminggu kejadian hakisan pantai Teluk Batik akibat hentaman ombak kuat, peniaga dan penduduk di sekitar merasai kesuraman pantai peranginan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan tersebut mendapati kehadiran pelancong amat berkurangan selepas Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menasihati orang ramai agar tidak mengunjungi pantai tersebut atas faktor keselamatan pada 25 November lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/758936/edisi/perak/teluk-batik-suram-dek-hakisan-peniaga-akui-terjejas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TelukBatik #MPM #Manjung #Pelancong #Pantai #Peniaga
Transcript
00:00Seminggu selepas hakisan Siris Melanda Teluk Batik Lumut,
00:07suasana pantai peranginan itu masih suram
00:09bila kehadiran pelancong berkurangan ketara
00:12berikutan nasihat keselamatan
00:14yang dikeluarkan Majlis Perbandar Manjung.
00:17Namun, peniaga di kawasan sekitar
00:19tetap membuka perlengkaraan seperti biasa
00:21kecuali perkhidmatan air seperti sewaan bot,
00:24pelampung dan badan abut yang terpaksa dihentikan.
00:26Ada peniaga mengakui pendapatan mereka merosot
00:30termasuk ibu tunggal yang bergantung sepenuhnya
00:33kepada aktiviti sukan air.
00:38Peduduk berharap kerja baik pulih yang sedang dijalankan
00:41dapat memulihkan kembali ekonomi setempat
00:44dan menarik semula kehadiran pelancong ke Teluk Batik.
00:48Hakisan itu bermula pada hari Isnin.
00:52Memang ombak memang hentam cukup-cukupnya
00:56sampai kan tempat yang tak pernah kena ombak pun
01:00habis dia naik air laut tu lah.
01:04Memang ombak tu memang besor-besor
01:05yang besor-besor macam
01:07dahsyat jugalah ombak dia hari tu.
01:11Memang pendapatan income daripada sini
01:13bila dah seminggu dah tak beroperasi
01:16memang tak ada sumber pendapatan lah.
01:19Sebab saya seorang ibu tunggal.
01:21Jadi memang duit makan
01:23kena catulah makanan
01:25duit belanja sekolah anak pun dah
01:26terpaksa keran dekat.
01:29Kalau ikutkan memang ramailah
01:31peniaga Teluk Batik ni
01:33peniaga kedai ada
01:34peniaga pantai ada
01:35semua terjejas lah
01:36bila jadi macam ni
01:37bila bencana alam macam ni
01:39membuatkan pengunjung tak datang
01:41untuk beriadah di sini.
01:43setinggi-tinggi terima kasih
01:44kepada pihak NPN
01:46yang memberi komitmen
01:48yang amat cepat lah
01:50bila keadaan ini berlaku
01:52untuk tidak memudaratkan sesiapa.
01:56Dan kita berharap
01:57tahun 2026 ini
01:59adalah tahun melawat Malaysia
02:00dan semua ini dapat diselesaikan
02:02dengan cepat lah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended