Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPro) mengecam keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung tujuh pemain terbabit dalam skandal pemain kacukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dengan menyifatkan hukuman itu sebagai “sangat tidak setimpal”.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional, FIFPRO, mengkritik keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA,
00:07menggantung tujuh pemain terbabit dalam skandal pemain kacukan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM,
00:13dengan menyifatkan hukuman itu sebagai sangat tidak setimpal.
00:16Dalam satu kenyataan, badan induk pemain profesional dunia itu menegaskan,
00:21kesemua pemain berkenaan sebenarnya mangsa kegagalan pentadbiran bukannya pesalah seperti yang digambarkan.
00:30Menurut FIFPRO, hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak
00:36yang dikenakan ke atas pemain-pemain itu adalah melampau berdasarkan situasi sebenar kes tersebut.
00:41Katanya adalah jelas bahawa para pemain adalah mangsa dalam isu ini.
00:45Keputusan itu sendiri mengesahkan bahawa mereka tidak memalsukan sebarang dokumen bagi mendapatkan kelayakan,
00:51malah mengakui bahawa dokumen yang dikemukakan adalah tulin.
00:54FIFPRO turut menegaskan bahawa apabila seramai tujuh pemain didapati berada dalam situasi sama,
01:00adalah jelas sebarang dokumen yang mungkin dipalsukan tidak dilakukan secara individu.
01:05Pemain juga tidak mempunyai cara untuk mendapatkan pengesahan muktamad daripada FIFA berhubung kelayakan mereka,
01:11satu prosedur yang tidak pun diwajibkan di bawah peraturan semasa.
01:15Tegas FIFPRO amat memimbangkan apabila pemain dipertanggungjawabkan
01:18atas dokumen yang dikemukakan oleh sebuah persatuan bola sepak kebangsaan kepada FIFA,
01:23sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan dokumen yang bukan dikeluarkan
01:27atau diserahkan sendiri oleh mereka.
01:30Menurut kenyataan tersebut, pemain telah mengikuti semua prosedur yang ditetapkan
01:34termasuk menyerahkan dokumen peribadi,
01:36hadir di hadapan pihak berkuasa Malaysia,
01:39menjalani proses angkat sumpah,
01:41memperoleh paspor yang dikeluarkan kerajaan
01:42dan menunggu kelulusan kelayakan daripada FAM.
01:45Semua langkah itu dikendalikan oleh institusi di luar kawalan mereka,
01:49namun kini mereka berdepan penggantungan daripada kelab serta implikasi serius
01:53yang menyusul tanpa sebarang kesalahan di pihak mereka.
01:57FIFPRO turut menyatakan sokongan penuh kepada pemain-pemain terlibat
02:00dan percaya Mahkamah Timbang Tarusukan akan membatalkan ketidakadilan ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended