Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Kadar defisit negara terus mencatatkan penurunan 5 peratus pada 2023, 4.1 peratus pada 2024 dan dijangka mencapai 3.8 peratus pada 2025, dengan unjuran penurunan berterusan manakala jumlah hutang baharu juga berkurang daripada RM100 bilion pada 2021 kepadasekitar RM75 bilion ketika ini.
Transcript
00:00Kadar defisit negara terus mencatatkan penurunan 5% pada 2023, 4.1% pada 2024 dan dijangka mencapai 3.8% pada 2025 dengan unjuran penurunan berterusan,
00:15manakala jumlah hutang baru juga berkurang daripada RM100 bilion pada 2021 kepada sekitar RM75 bilion ketika ini.
00:24Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga akhir Desember 2025 defisit yang ditanggung mengakibatkan jumlah hutang persekutuan berada antara RM1.3 triliun hingga RM1.5 triliun namun paras hutang kekal terkawal.
00:40Jadi sebab itu seperti mana kita lihat kenyataan defisit yang ditanggung setakat ini adalah hingga akhir September 2025 dan mengakibatkan jumlah hutang persekutuan RM1.315.5 bilion.
01:01Tapi isu besar kita ialah tanggungan hutang dan obligasi kita harus kita tunaikan.
01:15Apa dia hutangnya? Parasnya dan keupayaan kita ada.
01:21Umpamanya kapasiti keuangan kerajaan mestilah diteruskan secara berhemah kerana hutang statuti kerajaan itu 64% kepada KDNK.
01:37Ini masih di bawah statuti kerajaan 65%.
01:41Begitu juga penyaman luar pesisi sekarang ini RM22.4 bilion iaitu bawah daripada paras 35 yang ditetapkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended