Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kedudukan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. goyah selepas lebih 20,000 penduduk berarak di Manila menuntut beliau meletak jawatan berhubung skandal rasuah berkaitan perbelanjaan kerajaan untuk projek kawalan banjir.
Transcript
00:00Kedudukan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. goyah selepas lebih 20,000 penduduk berarak di Manila menuntut beliau meletak jawatan berhubung skandal rasuah berkaitan perbelanjaan kerajaan untuk projek kawalan banjir.
00:13Perhimpunan yang dianjurkan gerakan rakyat menentang rasuah KBKK bermula di Taman Negara Luneta sebelum peserta berarak menuju ke Istana Presiden.
00:22Protes terbaru itu susulan kemarahan rakyat terhadap skandal 1 triliun peso di mana ahli politik berpengaruh termasuk sekutu Marcos Jr. dituduh menerima rasuah bernilai berbilion peso bagi projek kawalan banjir yang gagal dan langsung tidak dibina.
00:39Timbalan Presiden Sara Duterte yang kini berkonflik dengan Marcos Jr. turut berdepan dawaan penyalahgunaan dana kerajaan dalam kes berasingan.
00:48Lebih 12,000 anggota polis dikerahkan di Manila dengan semua laluan ke Istana Malacanang disekat menggunakan kawat berduri dan kontena bagi menghalang peserta protes dari pintu istana.
01:00Awal bulan ini bekas ahli parlimen Zaldi Koh mendakwa Marcos menerima lebih 50 bilion peso dalam bentuk komisen daripada projek infrastruktur sejak 2022 dan mengarahkan penyisipan 100 bilion peso untuk projek hantu dalam bajet 2025.
01:14Koh juga mendakwa pada 2024 beliau secara peribadi menghantar beg bimbit berisi 1 bilion peso ke kediaman Marcos Jr.
01:22selain dituduh menyeleweng berbilion peso daripada projek yang sama dan diburu sejak Julai dengan Jepun menjadi lokasi terakhir yang diketahui.
01:30Namun Marcos Jr. menafikan dawaan tersebut dan bergesa Koh segera pulang bagi membuktikan dawaannya.
01:35Sebanyak 9,855 projek kawalan banjir bernilai lebih 545 bilion peso disiasat dan Menteri Kewangan memaklumkan kepada ahli parlimen pada September bahawa sehingga 118.5 bilion peso mungkin hilang akibat rasuah sejak 2023.
02:05selanjutnya
02:07selamat menikmati
02:09selamat menikmati
02:11selamat menikmati
Be the first to comment
Add your comment

Recommended