Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan untuk memastikan hutang negara dan defisit fiskal kekal berada pada trajektori menurun melalui pengurusan kewangan berhemah serta pengurangan pinjaman baharu.
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan hutang negara dan defisit fiskal kekal berada pada trajektori menurun melalui pengurusan kewangan berhemah serta pengurangan pinjaman baru.
00:13Beliau berkata jumlah pinjaman luar pesisir Malaysia kini berada pada paras 22.4 bilion ringgit jauh di bawah had 35 bilion ringgit yang ditetapkan manakala bil pembendaharaan Malaysia juga terkawal pada 4 bilion ringgit berbanding paras 10 bilion ringgit.
00:30Begitu juga pinjaman luar pesisir sekarang ini 22.4 bilion ringgit iaitu bawah daripada paras 35 yang ditetapkan.
00:44Bil pembendaharaan Malaysia juga tidak melebihi kerana sekarang 4 bilion, paras kita 10 bilion.
00:55Jadi hutang yang terbesar masih 1MDB yang diwarisi sejak 2018 itu 34 bilion, keseluruhannya 34 bilion ringgit termasuk komitmen faedah 17 bilion ringgit.
01:18Jadi jumlah hutang UMDB mencecah hampir 50 bilion ringgit.
01:26Yang sudah dibayar oleh kerajaan hingga kini ialah 42 bilion ringgit.
01:34Ini termasuk prinsip dan faedah.
01:37Beliau menjawab soalan Syah Rezan Johan, DAP Bangi mengenai jumlah terkini hutang negara serta prinsip kerajaan dalam mengurangkan pinjaman baru dan perincikan strategi pembayaran hutang bagi menjamin hutang negara dan defisit fiskal terus berada pada trajektori menurun.
01:54Dalam pada itu Anwar berkata kerajaan juga berjaya mendapatkan semula RM29 bilion ringgit hasil usaha bersama Jabatan Peguam Negara, Kementerian Keuangan dan Suruhan Jaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM.
Be the first to comment