Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Lebih 60,000 pendeposit Tabung Haji (TH) yang memiliki simpanan melebihi kadar minimum bayaran haji B40, dikenal pasti belum mendaftar untuk melaksanakan Rukun Islam kelima itu.
Transcript
00:00Lebih 60,000 pendeposit tabung haji TH yang memiliki simpanan melebihi kadar minimum bayaran haji B40 dikenalpasti belum mendaftar untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu.
00:12Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Nai Mokhtar mendedahkan 53% daripada 9.7 juta pendeposit TH mula direkodkan memiliki simpanan kurang RM1,300.
00:25Beliau berkata jumlah RM1,300 itu adalah simpanan minimum yang diperlukan untuk pendaftaran haji bagi membolehkan pendeposit disenaraikan dalam senarai penggiliran haji.
00:37Justru katanya berdasarkan data dan rekod berkenaan, TH perlu mengambil langkah proaktif untuk memperkasa usaha menarik lebih ramai umat Islam menabung secara konsisten bagi mengembangkan simpanan untuk menunaikan haji.
00:50Katanya seramai 3,260,232 orang atau lebih 33% pendeposit pula sudah mendaftar haji dengan simpanan minimum RM1,300 tetapi masih belum mencapai RM15,000.
01:04Dalam hal ini ujar beliau nilai RM15,000 itu adalah baki simpanan minimum untuk mengerjakan haji iaitu bayaran haji bagi kumpulan B40.
01:13Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di portal Parlimen bagi menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman mengenai jumlah terkini pendeposit TH yang simpanan minimum belum mencukupi dan belum mendaftar haji setelah langkah mengatasi masalah berkenaan.
01:27Sementara itu, Muhammad Naim berkata TH sudah dan masih melaksanakan langkah berterusan bagi menyebar luas makluman berkaitan maklumat bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan pendaftaran haji.
01:38Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended