Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru secara rasmi dimulakan hari ini selepas hampir sedekad penantian, dengan unit kediaman moden, insentif tambahan dan jaminan pemantauan rapi oleh kerajaan. Projek dijangka siap dalam tempoh empat tahun.
Transcript
00:00Tunggu kembali, projek pembangunan semula kampung Sungai Baru secara rasminya dimulakan hari ini
00:05menamatkan penantian hampir sedekat penduduk asal di kawasan kenaan.
00:09Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Sekutuan, Dato' Sri Zaliha Mustafa berkata
00:13pihaknya akan memantau rapat pelaksanaan projek supaya siap dalam tempoh 4 tahun
00:19bersama agensi berkaitan dan juga penduduk.
00:23Jadi saya ingin mengucapkan berterima kasih dan tahniah kepada penduduk dan juga pemaju
00:29dan akhirnya kita berjaya untuk menyesuaikan satu legasi isu yang begitu lama
00:35dinantikan oleh penduduk tempatan.
00:40Akan dijangka siap 4 tahun daripada hari ini dan saya difahamkan dalam 2 bulan ke depan ini
00:48akan dibuka untuk cabutan unik kepada penduduk yang layak dan ini adalah cabutan secara adil
00:58jadi mereka tak boleh pilih-pilih tetapi unit yang diberikan itu bergantung pada undian nanti.
01:04Projek ini katanya bukan sahaja menawarkan kediaman modern dan lebih selesa
01:08malah disertakan pelbagai insentif tambahan sebagai penghargaan kepada penduduk.
01:14Tambah beliau unit kediaman baharu berkeluasan antara 900 hingga 1,200 kaki persegi
01:20dilengkapi 3 bilik dan 3 bilik air lebih selesa berbanding kediaman asal.
01:25Jadi hari ini kita buka untuk penduduk melihat sendiri keselesaan itu
01:30dan saya kira ini adalah satu saat yang mengembirakan bagi mereka.
01:34Dan di samping itu saya juga telah sebut tadi bahawa pemaju telah bersetuju untuk insentif dalam beberapa hal
01:43iaitu untuk kos penyeranggaan bagi tahun pertama diberi percuma
01:48kemudian bagi tahun kedua sehingga 10 tahun ke depan ialah 70%
01:55kemudian mereka akan juga diberikan dalam unit itu beberapa peralatan dan perabot
02:03yang berjumlah sehingga 2 juta ringgit dan akan ada juga satu akses jalan ke Leboraya Air Clef
02:13yang juga dibiayai oleh pemaju berjumlah 15 juta ringgit.
02:21Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah projek pembangunan semula
02:24kampung Sungai Baru pada ahad.
02:27Turut hadir ialah Menteri Agama Dato' Dr. Naim Moktar, Dato' Bandar Kuala Lumpur,
02:32Dato' Fadil Mak Wujud dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadil Marsus.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended