Rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan haji diingatkan agar berwaspada terhadap penipuan visa mujamalah atau furada yang dikeluarkan di luar pengurusan Tabung Haji, menurut Menteri Agama Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
00:00Seterusnya, rakyat Malaysia yang berniat menunaikan haji tahun ini diingatkan supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan visa yang semakin menjadi-jadi.
00:10Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Naif Mokhtar berkata, selalunya penipuan berlaku apabila sindiket terbabit mendakwa boleh mengeluarkan visa mujamalah atau furada.
00:21Nazimnya dia akan berlaku macam ni bila visa mujamalah ataupun visa furada yang di luar pengetahuan tabung haji dikeluarkan.
00:32Mereka itu dah mulalah operasi untuk menipu datangnya daripada syarikat-syarikat yang mempunyai niat yang tidak baik untuk menipu jemaah-jemaah haji ini.
00:43Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan majlis penutupan karnival haji, umrah dan pelancongan keempat di Sepang pada ahad.
00:52Dalam pada itu, katanya orang ramai perlu memilih syarikat pengelola jemaah haji yang sah dan berlesen.
00:59Setakat ini, sebanyak 31 syarikat berlesen secara konsisten menjadi pilihan utama jemaah.
01:05Jadi saya mengambil kesempatan pertama untuk memberikan amaran dan teguran kepada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini
01:14supaya mereka ni tidak memanipulasi dan menyalahgunakan syarikat mereka untuk melakukan penipuan.
01:23Hasil yang mereka dapati itu adalah sudah tentu haram dan tidak menjadikan mereka ni kaya pun.
01:29Kalau kita tengok sejarah memang lingkup bagikan mereka ni. Jadi, dekat dunia dah gagal, apalagi dekat akhirat.
Be the first to comment