Polis Pulau Pinang menahan 13 lelaki termasuk pengusaha dan pekerja sebuah premis ketika membongkarkan aktiviti hubungan songsang di bandar Perai Jaya, Bukit Mertajam.
00:00Dalam hari itu di Pulau Pinang, polis menahan 13 lelaki termasuk pengusaha dan pekerja sebuah premis ketika membongkarkan aktiviti hubungan song sang di Bandar Perai Jaya di Bukit Mentajam.
00:11Serbuan kira-kira jam 7 petang semalam dijalankan oleh pasukan polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bersama Pasukan Operasi Perlesenan Majlis Bandar Raya Seberang Perai.
00:24Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmy Aris berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada pelanggan membabitkan 9 lelaki tempatan dan 2 lelaki warga asing berusia lingkungan 19 hingga 66 tahun.
00:42Turut ditahan pengusaha dan pekerja yang juga warga tempatan berusia 57 dan 59 tahun untuk siasatan lanjut.
00:50Dalam satu kenyataan, polis merampas peralatan seperti kondom, minyak pelincir serta beberapa peralatan berkaitan aktiviti song sang.
00:59Telefon bimbit milik tangkapan yang diperiksa mempunyai klip video lucah turut dirampas untuk tindakan lanjut.
01:06Mengulas lanjut, katanya siasatan mendapati lokasi premis adalah bangunan 3 tingkat dan aktiviti dijalankan di tingkat 2 dan 3 sejak 2 bulan lalu.
01:14Hasil ujian urin ke atas semua tangkapan yang mendapati negatif dadah, semakkan rekod lampau juga mendapati salah seorang mempunyai rekod berkaitan jenayah.
01:24Helmy berkata kesemua tangkapan kini direman selama 6 hari hingga 5 Desember depan untuk membantu siasatan.
01:30Kes disiasat mengikut Seksyen 373 Palang 377B Kanun Kesiasaan ke atas pengusaha dan pekerja kerana disyaki menjadi penganjol kepada aktiviti seks luar tabi'i.
01:41Helmy berkata 11 pelanggan disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiasaan kerana disyaki melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi'i.
01:52Manakala 7 tangkapan yang mempunyai bahan lucah dalam telefon bimbit disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Kesiasaan.
01:58Dua lelaki warga asing juga akan disiasat mengikut Seksyen 6-1-C Akta Immigration 1999-63 kerana memasuki Malaysia tanpa menggunakan pas yang sah.
Be the first to comment