00:00Dan lebih 200 kenderaan milik rakyat Malaysia terkandas di Hatnyai, Thailand selepas pusat pelancongan itu dilanda banjir besar sejak seminggu lepas.
00:09Sebahagian besar kenderaan yang ditemui tenggelam sepenuhnya di aras bawah tanah hotel dan pusat komersial.
00:16Pengusaha trak tunda Akmal Anik Syahbuddin berkata operasi menunda dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan Thailand dengan kerjasama Konsulat General Malaysia petang semalam.
00:26Katanya proses mengeluarkan kenderaan berdepan kesukaran apabila sebahagiannya terbalik dan beralih dari kedudukan asal.
00:36Proses menaikkan kenderaan ke atas trak tunda perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana enjin tidak boleh dihidupkan bagi mengelak kerosakan.
00:46Lebih sukar katanya kenderaan yang banyak menggunakan sistem elektronik tayar terkunci secara otomatik.
00:51Ada kereta itu dia parking tepi jalan. Time nak ambil itu dia dah tak duduk di tepi tempat yang asal.
01:00Dia duduk sebelah kanan. Ada yang kereta lain halang dia untuk nak towing kereta.
01:08Jadinya untuk nak ambil, nak towing kereta itu agak sukar.
01:14Bila nak towing satu-satu kereta itu mengambil masa dalam sejam, sejam setengah untuk nak ambil satu towing satu kereta itu.
01:22Lepas itu ada yang kenderaan bila dah tenggelam semua dia tak boleh towing tarik macam tu je.
01:29Dia kena guna satu alat orang panggil baby tyre.
01:33Baby tyre itu untuk protect gearbox kereta itu.
01:38Letak dekat tyre kereta baru kita boleh towing naik atas loda.
01:43Jadinya kami sebagai towing ini kami jaga juga keselamatan kereta yang ada.
01:48Walaupun dah rosak, kereta-kereta itu dah rosak.
01:52Tapi kami tetap jaga yang komponen-komponen yang masih boleh diselamatkan itu kami selamat.
01:57Sementara itu, pengusaha insurans Ammar Wafi Johari berkata,
02:02kerajaan Thailand setakat ini hanya memberikan kuota 15 trak tunda untuk masuk ke kawasan hadnyai
02:08bagi membawa pulang kenderaan yang terjejas dan jumlah itu disifatkan terlalu kecil
02:13berbanding jumlah sebenar kereta yang masih terkandas.
02:17Kita nak masuk ke Thailand, kita kena ambil empat jenis insurans yang wajib dan yang third party.
02:23So, kalau andai kata pemilik kenderaan ada ambil insurans polisi dari Malaysia,
02:30dia ada tambahan spesial peril yang kalau jadi bencana di Thailand.
02:34So, bila dia masuk, dia ada extension kan masuk ke Thailand, benda itu dia akan cover.
02:38Tapi kebanyakan lah, kebanyakan itu tak ada lah.
02:41Saya rasa kalau ada pun mungkin dalam 5% macam itu sahajalah.
02:44Untuk daripada yang insurans Thailand memang tak ada cover.
02:46Pihaknya juga akan membantu menguruskan proses dokumentasi untuk membawa keluar kenderaan tanpa perlu pemilik hadir.
02:55Namun katanya pemilik perlu menyediakan semua dokumen diperlukan termasuk geran asal.
03:01Katanya semua kenderaan akan dikumpulkan di Bukit Kayu Hitam sebelum pemilik membuat proses tunda seterusnya ke lokasi masing-masing.
Be the first to comment