Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Bomba juga telah mengaktifkan Pengkalan Hadapan di Bertam, Pulau Pinang bagi Zon Utara, Subang di Selangor untuk Zon Tengah, serta Marang, Terengganu bagi Zon Pantai Timur.
Transcript
00:00Tapi kita mulakan dengan laporan terkini bencana banjir di seluruh negara.
00:04Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia mengaktifkan penugasan 24 jam
00:08sekiranya keadaan banjir di beberapa negeri bertambah serius
00:12sepanjang tempoh musim monsoon Timur Laut.
00:14Pengarah bagian operasi kebombaan dan penyelamat JBPM, Nordin Pauzi berkata,
00:19ia bagi memastikan kesemua kawasan terjejas berada dalam keadaan terkawal.
00:25Nordin berkata secara keseluruhannya, keadaan masih terkawal
00:28meskipun dengan kehadiran ribut tropika senyar beberapa hari lalu.
00:32Strategi kita dari segi keanggotaan, kita akan menukarkan shift.
00:39Maknanya daripada 12 jam, kita jadikan 24 jam.
00:42Jadi maknanya kita ada sekali ganda lagi.
00:44Mereka mesti lagi boleh bekerja, dia tak balik.
00:47Jadi setakat yang baru-baru ini, taufan kesan itu kita belum tukar lagi shift.
00:53Maknanya belum lagi 100% kita mobilisikan keanggotaan.
00:57Katanya pihak bomba juga akan menggerakkan pasukan gerak cepat atau PGC
01:01yang merangkumi pelbagai aset serta kepakaran pegawai dan anggota.
01:06Ia bagi membolehkan gerak kerja pantas dilakukan untuk membantu balai berhampiran di lokasi bencana.
01:12Selain itu, pihak bomba juga telah mengaktifkan pengkalan hadapan
01:15di Bertam Pulau Pinang bagi Zon Utara,
01:17Subang di Selangor untuk Zon Tengah
01:19serta Marang Terengganu bagi Zon Pantai Timur.
01:22Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended