Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Berikut adalah info terkini keputusan tidak rasmi kerusi N.43 Kemabong setakat jam 5:26PM.
Transcript
00:00Rakan saya Lokman Haris katanya ada kemas kini ataupun update keputusan tidak rasmi yang baru. Silakan Lokman.
00:09Ya Fauzi, setakat ini kita dapat keputusan tidak rasmi untuk 2 kerusi sahaja daripada 73 kerusi dan kedua-dua kerusi berada di pantai barat Sabah.
00:16Sementara tadi kita kongsikan Sindung Min dan ini pula kemabung. Kemabung kita sudah kongsikan sementara tadi terdapat seperti yang Fauzi sebutkan dan sedikit update atau kemas kini.
00:23Dan setelah tadi kita saksikan Dato' Rubin Balang yang bertanding di bawah tiket GRS mendahului dan beliau masih lagi mendahului setakat ini dengan 1137 undi dikira mendahului dengan 446 undi menjawab titipis berbanding pesaing terdekat di bawah tiket PH iaitu Nurita Sual yang memperoleh 434.
00:43Selebihnya seperti yang anda dapat lihat di situ, Bahasa Nasional dengan Rahmah Jan memperoleh 168 undi setakat ini dan selebihnya adalah 2 angka atau 1 angka calon daripada parti warisan Sabah, Star Sabah, KDM dan juga PIS di kerusi yang menyaksikan 9 penjuru ini.
01:01Dato' Rubin Balang sudah tentu memasuki PGRS pada tahun 2023. Beliau merupakan penyandang kerusi ini bertanding pada tahun 2020 sebagai calon bebas dan memperoleh majoriti yang agak tipis, 2012.
01:13Dan setakat ini tanda-tanda awal kita menyaksikan satu perlombaan yang agak rapat antara dua calon teratas sejak kita kongsikan keputusan tidak rasmi buat kali pertama kira-kira 20 minit yang lepas.
01:24Ini setakat jam 5.24 petang. Jadi mungkin di kemabung kita sudah saksikan mungkin 2 horse race pada minit-minit awal ini.
01:31Dato' Rubin Balang dan juga Nurita Sual nampaknya bersaing sengit untuk memenangi kerusi kemabung N43 ini.
01:39Serti biasa kita akan setiap mengulangi bahawa ini adalah keputusan yang tidak rasmi dan di minit-minit yang agak awal apa sahaja boleh berlaku.
01:46Bukan sahaja di kerusi kemabung tapi di kesemua 73 kerusi yang kita akan bawakan kepada anda.
01:51Keputusan tidak rasmi dan juga rasminya sejurus selepas kami menerimanya.
01:56Tapi setakat ini GRS melalui Dato' Rubin Balang yang sebelum ini bertanding di bawah tiket bebas mengekalkan mungkin kerisma dan tarikan beliau di kerusi ini.
02:05Adakah beliau mampu go all the way?
02:07Itu kita akan tunggu dan lihat Fauzi.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended