00:00Setengah jam lagi untuk kemudian ditutup, sudah kita rasa ada keputusan tidak rasmi yang kedua untuk N35 Sindumin yang menyaksikan persaingan 9 penjuru pada PRN kali ini dan keputusan awalnya setakat jam 4.56 petang adalah Dato' Yamani Hafiz Musa mendahului, beliau adalah satu-satunya calon setakat ini, setakat sebelum jam 5 petang ini, yang sudah mendapat majoriti atau jumlah undi 3 angka, 108 Yamani Hafiz Musa setelah itu bertanding di bawah tiket PH,
00:28di kerusi yang disandang oleh Dato' Yusof Yaakob yang pada tahun 2020 bertanding di atas tiket warisan tapi kemudian keluar untuk menyokong GRS, jadi warisan menetapkan Yusri Pungut untuk mempertandingkan kerusi ini tetapi berada di tempat kedua pada ketika ini, seperti yang selalu kita kongsikan ini adalah keputusan yang tidak rasmi, ia tidak rasmi selagi ia belum disahkan oleh SPR, itu lambat lagi baru jam 5 petang ini.
00:51Dato' Yamani Hafiz Musa mendahului di kerusi Sindumin, langkah kanan untuk Dato' Yamani Hafiz Musa yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan di kerusi Sindumin, itu adalah keputusan tidak rasmi kedua yang kita saksikan setakat ini tetapi, Fauzi, ia mungkin berubah dalam jam-jam akan datang.
01:10Terima kasih Lohman, saya kira ini sahaja waktu-waktu ini Lohman, ada lagikah?
01:15Anu Fischer Rizal?
01:16Masa ini kita akan terus ke sini apabila kita mendapat lagi keputusan yang tidak rasmi.
Be the first to comment