Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
SWCorp menjamin kerja pembersihan sisa pascabanjir akan diselesaikan dalam tempoh 48 jam selepas air surut di negeri-negeri terjejas di bawah Akta 672, dengan pasukan respons digerakkan segera bagi mengurangkan risiko penyakit serta memastikan operasi pemulihan bergerak lancar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SW Corp memberikan jaminan kerja pembersihan sisa pasca banjir akan diselesaikan dalam tempoh 48 jam selepas air surut di negeri-negeri terjejas.
00:13Ketua Pegawai Eksekutif SW Corp Khalid Mohamad berkata pasukan respons dan rakan konsesi digerakkan serta-merta bagi memulakan kerja pembersihan di lokasi-lokasi terlibat.
00:23Beliau menjelaskan langkah pembersihan segera dilaksanakan bagi mengurangkan risiko penyakit dan kemasukan haiwan seperti tikus serta ular yang tertarik kepada sisa basah.
00:38Beliau turut menegaskan pembersihan sisa domestik, perabot rosak, barangan elektrik dan sisa pukal perlu dikutip dalam tempoh 48 jam kerana penduduk kebiasaannya mengeluarkan barangan rosak ke bahu jalan 24 hingga 48 jam selepas banjir surut.
00:57SW Corp menyatakan pihaknya menyelaraskan logistik sedia ada tanpa menjejaskan operasi harian dan tenaga kerja tambahan dari negeri lain akan digerakkan jika banjir berskala besar berlaku.
01:09Bagi negeri yang tidak di bawah Akta 672, SW Corp tetap bersedia membantu melalui inisiatif CSR bersama rakan konsesi seperti yang pernah didakukan di Kelantan tahun lalu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended