Kakitangan kerajaan Muhd Iqmal Hirman, 22, berkata hari pengundian ini merupakan saat yang dinantikan, dan dia memilih untuk keluar awal bagi mengelak hujan serta memastikan undinya tidak terlepas.
00:00Walaupun cuaca tidak menentu, keterujaan jelas terpanca pada wajah pengundi muda yang keluar awal pagi untuk melaksanakan tanggungjawab dalam pilihan Rai Negeri PRN Sabah ke-17.
00:11Beberapa individu yang ditemui hadir seawal jam 7 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan SK Serusup untuk memilih wakil rakyat mereka bagi tempoh 5 tahun akan datang.
00:21Kaki tangan kerajaan Muhammad Iqmal Hirman 22 berkata hari pengundian ini merupakan saat yang dinantikan dan dia memilih untuk keluar awal bagi mengelak hujan serta memastikan undiannya tidak terlepas.
00:36Saya harapkan untuk Dun Sulaman ini dapat kalau itu calon menang dapat menambahbaikan lagi lah jalan-jalan di sini.
00:48Sama kemudahan yang ada di kampung inilah.
00:54So ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu.
00:58So untuk pengundi-pengundi sebelum hujan, turunlah.
01:02Berkongsi lanjut, dia yang kali kedua mengundi turut bahasrat melihat Sabah menuju ke arah kemajuan seperti negeri jiran Sarawak aman, stabil dan diterajui pemimpin yang bertanggungjawab.
01:14Sementara itu, Siti Azizah A. Amir 23 menjelaskan dia keluar awal kerana perlu bergegas ke tempat kerja namun tetapi teruja kerana berpeluang memilih pemimpin baharu yang diyakini dapat membawa perubahan.
01:28First, kerja and then excited lah kerana kita kan staff sedang mengundi pemimpin baharu.
01:35Jadi, kena semangat lah. Kita kena pilih yang betul-betul mana yang perlu kita pilih.
01:41Bagi pelajar Sarjana Universiti Teknologi Mara UITM, Cawangan Kota Kinabalu, Nur Azmina Irdina Jamlin 24 pula berkata, tanggungjawab sebagai pengundi penting dalam menentukan masa depan negeri.
01:55Tidak kisah siapa yang akan menang, saya mengharapkan kestabilan politik lah, especially di dalam negeri ini.
02:02Dan saya juga berharap banyak lagi inisiatif kerajaan kepada anak-anak muda akan datang nanti.
02:10Bagi PRN Sabah ke-17, kerusi Dun Sulaman menyaksikan saingan 5 penjuru dengan jumlah pengundi berdaftar selamai 18,352 orang.
Be the first to comment