Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Kerajaan MADANI salur makluman Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
Transcript
00:00Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU Jabatan Perdana Menteri JPM menjelaskan surat berkaitan sumbangan asas rahmah, SARA, sedang dihantar secara berperingkat kepada 5.4 juta penerima di seluruh negara bagi memastikan mereka tahu layak menerima bantuan yang disediakan kerajaan madani.
00:19Unit Komunikasi Korporat ICU JPM dalam kenyataan memaklumkan ia usaha kerajaan untuk memastikan mereka yang benar-benar layak dapat menikmati manfaat SARA yang bertujuan meringankan bebanan kos sehari hidup mereka.
00:35Jelasnya di bawah kerajaan madani peruntukan SARA berjumlah RM5 bilion disediakan kepada 5.4 juta penerima SARA seluruh negara.
00:43Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan proses pemakluman pelaksanaan program SARA seperti sumbangan tunai rahmah, STR, setiap tahun bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan rentan.
00:55Kerajaan itu menyebut kerajaan akan terus menambah baik pelaksanaan SARA dari semasa ke semasa agar setiap bantuan bukan sahaja meringankan beban, malah benar-benar memberi makna dalam kehidupan penerima.
01:05Menurut ICU JPM, segala penambahbaikan seperti peluasan kategori barangan dan kedai serta pasaraya terlibat akan terus dilaksana demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.
01:18Sebelum ini, tular di media sosial berhubung surat berkenaan yang didakwa cubaan memancing undi rakyat Sabah menjelang pilihan raya negeri pada Sabtu ini.
Comments

Recommended