00:00Seorang konsulor program motivasi rumah tangga IHATI pada Rabu didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Sya'alam selepas mengaku mendedahkan anggota badan sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina tahun lepas.
00:14Hakim Syari'i Dr. Zainal Abidin Kusmin menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Zamar Rizal Bos, 49 tahun dan memerintahkan beliau di penjara sebulan jika gagal membayar denda.
00:26Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah Dewan Pusat Konvensyen di Sya'alam antara 8 malam hingga 12.30 malam pada 29 September 2024 mengikut Seksyen 10 Kurungan A Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman maksimum penjara 3 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.
00:49Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Zainal Abidin mengingatkan Siti Zamar agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan Islam dipandang hina oleh masyarakat.
01:00Terdahulu Siti Zamar yang tidak diwakili peguam memaklumkan mahkamah dia hanya mampu membayar denda RM500 atas alasan dia dan suaminya tidak bekerja selain masalah rumah tangga semasa melakukan perbuatan itu.
01:14Sementara itu, dua lagi kaunselor iaitu Munira Hashim Shah, 37 dan Bushra Muhammad Zaki, 41 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan serupa.
01:25Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di lokasi sama antara 2.30 petang hingga 6.30 petang pada 30 September tahun lepas mengikut Seksyen Sama.
01:35Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.
Comments