Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Taufiq membantah di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6), menegaskan tuduhan umum terhadap parti adalah tidak dibenarkan dan hanya mahkamah boleh menentukan kesahihan dakwaan.
Transcript
00:00Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada sebelah pagi sedikit tegang selepas seorang Ahli Parlimen Pembangkang mendakwa berlaku rasuah dalam PKR.
00:08Datuk Cik Mohd Zulkifri Jusof, PN Besut membangkitkan mengenai peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Syamsul Iskandar Mohd Akin yang didakwa terpalit rasuah sedangkan kata beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim sering mengkritik pihak yang terbabit rasuah.
00:24Datuk Rasul Wahid, PN Hulu Terengganu kemudian mencelah dan bertanya sama ada Cik Mohd Zulkifri bersetuju bahawa berlaku rasuah dalam PKR.
00:36Adakah teguran keras dan peletakan jawatan terus dikira selesai? Siasatan ada ke tidak ni? Setelah ini sudah ada dua setpol PM terkait dengan skandal ni.
00:48Sebelum ini bekas setpol, Farhash. Itu pun masih kabur. Kabur lagi tentang perkembangan siasatan terhadap kekayaan luar biasa selepas menjadi setpol.
01:01Ini menunjukkan satu tren tidak sihat terutamanya apabila PM sendiri selalu mencanangkan istilah sakau, sakau, sakau dan slogan hapus rasuah.
01:10Tetapi setpol sendiri terpalit dengan macam-macam masalah.
01:13Taufik Johari, PH Sungai Petani segera bangun membantah di bawah Peraturan Mesyuarat 36, kurungan 6, menegaskan tuduhan umum terhadap parti adalah tidak dibenarkan dan hanya mahkamah boleh menentukan kesahihan dakwaan.
01:28Beliau turut mengingatkan bahawa Perdana Menteri telah menerima peletakan jawatan setiusa politiknya dan menyerahkan siasatan kepada SPRM.
01:35Yang membuat Hulu Terengganu mengatakan bahawa PKR ini adalah dalamnya adalah parti rasuah dan disokong pula oleh besut.
01:43Kita tak boleh menjadikan seluruh parti itu adalah sebagai parti rasuah.
01:47Walaupun kalaupun ada rasuah yang berlaku, biarlah ia berbicarakan dalam mahkamah.
01:54Dan kenyataan berani yang dikeluarkan oleh yang amat berhormat tambun, pertama, menerima perletakan jawatan setiusa politik beliau.
02:04Dan yang kedua, meminta suruhan jaya pencegahan rasuah SPRM untuk menyiasat tanpa ada sebarang ganggu-gugat daripada kuasa luar.
02:13Di malam SPRM, Dato' Ramli Mohd Noor kemudiannya mengarahkan Rasul dan Cik Zulkifli menarik balik kenyataan
02:20serta mengingatkan semua ahli mengenai prinsip subjudis menyatakan bahawa apa-apa kes yang masih di mahkamah tidak boleh dibahas di dalam Dewan.
Comments

Recommended