- 4 months ago
Apakah keperluan mendesak pembangunan sosioekonomi Sabah yang perlu diutamakan, selari dengan realiti dan keperluan sebenar rakyat negeri itu?
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sari kata oleh SDI Media
00:30melihat secara dekat isu ekonomi dan juga isu sosioekonomi berkaitan dengan Sabah ini
00:36kerana penting dalam kita menelusuri kempen-kempen Pilihan Raya kali ini
00:41adakah rakyat sedar bahawa inilah peluang mereka untuk menentukan masa depan 5 tahun akan datang
00:47memilih calon, memilih parti ataupun individu yang akan membawa mereka ke tahap yang lebih baik
00:53terutamanya dalam hal merapatkan jurang ekonomi
00:56dan kita tahu, SDI Maklum, begitu banyak daerah-daerah di negeri Sabah ini
01:01dikategorikan antara yang termiskin di Malaysia ikut perangkaan dosem
01:05tetapi pastinya semua pihak menyedari bahawa Sabah sudah ketinggalan jauh
01:11berbanding negeri-negeri yang lain untuk memastikan kestabilan ekonomi rakyat itu
01:17dapat dikecapi oleh semua pihak dari pantai timur, dari tengah hinggalah ke pantai barat
01:23dan pedalaman negeri Sabah. Jadi saya tidak keserangan untuk memberikan ulasan ini
01:27kerana orang yang paling dicari-cari setiap malam dalam podcast beliau iaitu Dr. Izan Azian Abdul Jamil
01:36Pakuti Perniagaan Ekonomi dan juga Perakonan Universiti Malaysia Sabah. Dr. Izan, apa khabar?
01:41Alhamdulillah, sihat.
01:42Terima kasih. Dalam sele-sele masa kampen pelaraya ini dan ketika saya membuat liputan
01:47saya teringatlah kalau topik ekonomi juga menarik walaupun berat tetapi kita mudahkan sedikit
01:53Dr. Izan dalam kehangatan walaupun saya pasang. Bagaimana Dr. Izan melihat kampen
01:59dah masuk hampir 10 hari ini? Makin panas ke makin sejuk ataupun status quo?
02:04status quo. Saya terima kasih lagi sekali Tuan Aji Nazri. Kali ini Tuan Aji yang datang
02:11bertandang ke Sabah dan datang ke studio kami. So kita sudah memasuki 10 hari musim berkempen
02:18pilihan raya negeri Sabah tetapi pada hemat saya suasananya agak sejuk.
02:24apa itu? Sorry, sorry. Sejuk dan juga belum benar-benar macam sejuk, poster-poster belum
02:36berapa naik, bendera pun belum berapa berkibar dan kelihatan bila kita ikuti ucapan-ucapan
02:46dan kampen-kampen calon, mereka lebih bermain secara selamat menengahkan manifesto-manifesto
02:53mereka dan juga apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka terpilih untuk menjadi calon
02:58di sebuah kawasan mereka itu. Cuma seperti yang Tuan Aji cakap, bila kita cerita pasal ekonomi
03:05kita tidak boleh lari daripada soal politik. Pasal untuk ahli-ahli politik ini, mereka adalah
03:11pembuat dasar dan dasar utama yang akan mereka fokus adalah ekonomi.
03:16Bagi Dr. Izan secara dekat, mengapa rakyat Sabah perlu mengambil satu keputusan yang amat bijak
03:24pada 29 hari bulan ini untuk memastikan Sabah akan menerima tempias ekonomi yang berpatutan
03:32ataupun yang selayaknya. Kerana sudah kita lihat episod politik yang bertukar-tukar kerajaan
03:38sejak sekian lamalah, bukan baru 2018 atau pun baru ini, tetapi sebelum itu pun.
03:43Tetapi saya rasa dengan adanya isu MA63, apa itu dengan keputusan Mahkamah Tinggi Sabah
03:50memberikan satu keputusan yang penting untuk melihat 40% hak Sabah itu ditunaikan oleh persekutuan
03:57dan bagaimana juga isu-isu yang tertunggak yang begitu menjadi isu besar di Sabah itu
04:04isu bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya, leburaya yang bagus itu akan dijadikan sebagai satu
04:10kekuatan oleh kerajaan selepas ini. Mengapa rakyat Sabah perlu bijak dalam membuat keputusan
04:15untuk memastikan kelangsungan ekonomi Sabah?
04:19Ini kerana saya berpandangan rakyat Sabah mula terdedah dengan media sosial
04:23dan mereka melihat negeri-negeri di semenanjung itu kemajuannya lebih pesat
04:30dan mereka bila kita melihat jiran kita sepuluh Sarawak, mereka mula terbang tinggi
04:36dan maju ke hadapan. Jadi rakyat Sabah ini mula merasakan apa sebenarnya isu di Sabah ini
04:44kenapa kami ketinggalan, kenapa kami masih berhadapan dengan masalah tiga serangkai
04:49iaitu jalan raya, elektrik dan juga air. Selain daripada itu rakyat Sabah juga
04:56sudah mula pandai untuk melihat angka-angka dan data-data yang disediakan
05:00daripada Jabatan Perangkaan ataupun DOSUM. Dan bila keluar info yang mengatakan
05:068 daripada 10 daerah miskin di Malaysia ini terletak di Sabah. Dan apabila kita melihat
05:14dengan lebih dalam lagi, 13 daripada 27 daerah di Sabah ini merupakan daerah yang
05:20termiskin. Maksudnya penduduk-penduduk di 13 kawasan ini mempunyai pendapatan di bawah
05:27RM4,000. RM4,000 itu adalah satu jumlah yang agak kecil. Jadi mereka mula melihat
05:34sebenarnya kebanyakan polisi-polisi dan juga perancangan-perancangan yang dilakukan
05:40oleh kerajaan sebelum ini tidak dirasai kerana kebanyakan projek-projek itu terbengkalai
05:47disebabkan oleh pertukaran kerajaan. Benar? Kita cuba melihat kerajaan federal
05:56sebenarnya berhutang seperti yang Tuan Haji yang sebutkan tadi berkenaan dengan 40%.
06:00Sebelum ini sebenarnya isu royalti 5% sudah cuba dijadikan isu yang mengatakan
06:07bahawa kerajaan persekutuan tidak memberikan perentukan yang secukupnya untuk
06:12pembangunan negeri Sabah. Tapi pada saya, pada khidmat saya, saya masih berpandangan
06:16pertukaran sistem penggiliran ketua menteri yang kita lakukan semasa 1994 sehingga 2003
06:24itulah punca yang meletakkan Sabah. Sejak itu ya? Betul. Ketinggalan dan
06:30terkeluar daripada landasan dan ketinggalan daripada pembangunan. Kerana ketika itu
06:36kita melaksanakan penggiliran ketua menteri setiap dua tahun. Jadi pada saya ingin
06:43mungkin saya boleh lontar kepada Tuan Haji. Apa yang kita boleh lakukan sepanjang dua
06:47tahun? Tak sempat apa-apa. Tak sempat apa-apa. Jadi hanya memikirkan jawatan saja?
06:51Mereka ingin cakap terus serang itu. Betul. Hanya memanaskan bangku.
06:55Ya betul. Hanya memanaskan bangku ketua menteri dan juga kabinet-kabinetnya
07:00tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan sesuatu polisi itu. Dan saya
07:05sebenarnya melihat pembangunan negeri Sabah ini bermula daripada tahun 2003
07:14dan ke atas apabila sistem penggiliran itu dimansuhkan. Dan saya sebenarnya
07:19ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah Yerham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang
07:25membawa inisiatif Sabah Development Corridor melalui sedia di Sabah dan membawa
07:31masuk pelaburan-pelaburan yang membawa semula Sabah ke landasan yang betul.
07:36tapi pada hemat saya, Sabah ini berlaku lagi sedikit pertukaran kerajaan pada tahun 2018.
07:46Pada ketika itu, setengah-setengah kontrak dibatalkan dan benda-benda ini yang menyebabkan
07:56pembangunan itu sedikit tergendala. Jadi oleh pada perkara itu saya memohon
08:04sebenarnya, sesiapa pun yang menjadi kerajaan selepas ini, mestilah fokus kepada isu tiga serangkai ini.
08:11Tidak boleh, tidak komprome, Tuan Haji. Mesti selesaikan benda itu.
08:15Mesti dalam masa terdekat.
08:17Dan jangan mengatakan yang kerajaan negeri Sabah ini akan berhadapan dengan masalah
08:21masalah pendanaan.
08:25Ya.
08:25Kerana semua orang tahu.
08:27Komunen sudah diberikan oleh pihak kerajaan persekutuan.
08:29Terutamanya pada 40% itu.
08:32Cuma Tuan Haji, saya ingin highlight sekali lagi, 40% itu sekiranya lepas di mahkamah
08:41berayuan dan juga mahkamah federal, kerajaan negeri Sabah akan menerima sejumlah yang
08:47sangat besar.
08:48Jadi adakah rakyat Sabah dapat merasai durian runtuh itu ataupun hanya sesetengah
08:56individu, keluarga atau kelompok saja yang akan merasai nikmat, nikmat,
09:02nikmat 40% ini?
09:04Kerana itu, pilihan rakyat negeri Sabah ini merupakan kunci kepada kita untuk memilih
09:10pemimpin yang kita rasakan sesuai, bertanggungjawab, amanah untuk menguruskan 40% ini.
09:17Jadi adakah Dato' Izan melihat 5 tahun yang kebelakang ini sejak kita melalui COVID dan
09:22tukaran juga kerajaan di pengkat negeri Sabah, ia sudah pun ada bibit-bibit ingin berada
09:29di landasan yang betul? Pada pandangan secara peribadi, Dato' Izan?
09:33Secara peribadinya, saya tidak sebenarnya melihat bibit-bibit pembangunan itu kerana
09:41satu isu saja.
09:43Kerajaan negeri Sabah terlalu fokus kepada komoditi, iaitu terlalu bergantung harap dengan
09:50harga minyak dan juga kelapa sawit.
09:51Masalahnya, kedua-dua komoditi ini bergantung dengan harga pasaran global dan
09:58pemintaan ke atas minyak lapas sawit dan juga minyak mentah ini semakin berkurangan.
10:07Kita penggunaan minyak untuk kereta semakin berkurang kerana kita sudah start untuk
10:12move kepada kereta elektrik dan Eropah pun mula melaksanakan karbon, free carbon dan sebagainya
10:20dan kerana itu saya melihat pemintaan kebergantungan kerajaan negeri Sabah kepada hasil minyak itu
10:28sangat bahaya.
10:30Sangat bahaya.
10:31Tetapi, saya juga melihat, give kredit kepada Ketua Menteri Dato' Sri Haji Jai
10:37dengan inisiatif beliau untuk menubuhkan tiga taman-taman industri yang berada di kawasan
10:43yang degil kemiskinan.
10:45Contohnya, Kudat, Kota Belut dan juga Beaufort.
10:49Kudat dan Kota Belut ini, dua-dua daerah ini adalah dua daerah termiskin di, bukan termiskin,
10:57antara yang miskin di Sabah.
10:58Dan diharapkan kemasukan taman-taman industri ini boleh memacu dan meletakkan Sabah
11:04di landasan yang betul dan seterusnya membantu penduduk-penduduk sekitar itu
11:09untuk menikmati kek ekonomi ini.
11:12Kita sedia maklum Sabah kaya dengan resources dan juga hasil bumi, hasil laut, flora dan fauna.
11:35Tetapi, apabila kita melihat model-model ekonomi, kita seolah-olah terlepas pandang
11:42bahawa Sabah terlepas kepada model ekonomi yang sepatutnya menjadi kekuatan
11:47kepada model ekonomi dunia yang baru.
11:50Seperti ekonomi digital, ekonomi kelestarian, terutamanya tenaga dibaharui.
11:55begitu juga dari aspek menyediakan satu aspek model ekonomi yang mengeksploitasi tenaga baru
12:04untuk dieksport misalnya ke negara jiran Indonesia, seperti mana model yang digunapakai oleh Sarawak itu.
12:11Jadi, adakah selepas 29 hari bulan ini, walaupun kita sudah membaca hampir semua manifesto
12:18parti-parti yang menawarkan untuk menjadi kerajaan selepas ini, tetapi mereka masih mengangkat isu MA 63, 40%,
12:28itu tak ada masalah. Saya rasa itu done.
12:30Tetapi, hal berkaitan dengan untuk menguruskan hasil Sabah ini, adakah itu juga menjadi satu cabaran
12:38bagi kerajaan selepas 29 hari bulan, Dr. Izan?
12:41Benar, semua variable-variable atau pemboleh ubah yang Tuan Haji sebutkan ini
12:49akan menjadi isu dan juga cabaran kepada kerajaan baru ini untuk membawa Sabah ke lebih hadapan.
12:57Cuma, saya ingin menekankan sedikit berkenaan terutamanya dengan teknologi baru, renewable energy.
13:04Benda ini perlu diperhalusi lagi dan kita perlu menunggu akta daripada parlimen.
13:10kerana bila kita berbicara dengan soal tenaga hijau ini, dia bukannya masalah cara kita menerima cahaya matahari daripada solat itu.
13:20Dia punya isu adalah bateri itu. Dan untuk mendapatkan bateri itu, kita perlukan REE.
13:25Ray Earth itu. Dan REE ini, kita perlu korek kita punya tanah untuk mendapatkannya.
13:32Jadi, adakah kita sanggup korbankan kita punya hutan simpan yang kaya, especially di Sabah ini, hanya untuk mendapatkan tenaga hijau?
13:39Adakah kita akan korbankan hutan-hutan?
13:41Ataupun ada teknologi yang boleh mengurangkan impak alam sekitaran.
13:45Betul. Kerana itu, kita perlu menunggu dulu akta daripada kerajaan persekitaran untuk meneliti isu-isu seperti ini.
13:51Dan untuk bila kita bicara soal digital pula, selain daripada jurang pendapatan,
13:56kita sebenarnya ada jurang digital di antara kawasan bandar dan juga luar bandar dan pedalaman.
14:02Jadi, oleh kerana itu, saya berfikiran kerajaan perlu meneruskan inisiatif jendela dan meluaskan capaian itu ke seluruh kawasan negeri Sabah.
14:18Kita mahu melihat usahawan-usahawan di kawasan-kawasan luar bandar itu boleh mengeksploitasi, yang Tuan Haji cakap tadi,
14:27penggunaan digital ini dengan sambungan internet yang baik untuk mendapat capaian yang lebih luas.
14:36Dan seterusnya, bila kita cerita pasal pengurusan ekonomi ini yang berkenan dengan 40% dan sebagainya itu,
14:45saya melihat ada beberapa parti politik yang mengetengahkan penubuhan Sovereign Fund.
14:52Sovereign Fund, dana kedaulatan untuk menguruskan 40% ini.
14:57Tetapi, kita seharusnya berhati-hati kerana bila kita bicara dengan Sovereign Fund ini,
15:03ia sebenarnya adalah dana atau wang yang ditubuhkan oleh negara yang mempunyai lebihan wang.
15:12Betul.
15:13Lebihan wang.
15:14Sedangkan Sabah memerlukan untuk dibelanjakan.
15:16Kita mahu belanjakan buat itu.
15:18Belum ada lebih lagi.
15:19Kita sentiasa kurang.
15:21Jadi, dari mana datang, saya tidak setuju dengan idea Sovereign Fund ini.
15:25sepatutnya, bila kita terima duit itu, mungkin kita boleh letakkan dekat sedia,
15:29ataupun YASAN Sabah, ataupun kerajaan negeri, kita kuatkan kita punya audit dan tata kelola itu
15:36untuk melihat setiap ringgit dan sen itu dibelanjakan di tempat yang betul.
15:42Jadi, bila kita sudah ada lebihan daripada 40% dan sebagainya ini,
15:47barulah kita tubuhkan dana berdaulat ini.
15:49Sovereign Fund.
15:50So, soalan dia, bagaimana negeri yang kecil memerlukan dana yang banyak dan miskin ini
15:58boleh menubuhkan dana berdaulat?
16:00Itu saya kurang bersetuju, Tuan Najib.
16:02Kurang faham.
16:02Okey, Dr. Izan sekali lagi.
16:04Dari aspek membangun modal insan.
16:07Ini saya rasa quick wins lah.
16:10Tetapi quick wins pun sebenarnya Sabah sudah lama memberi penumpuan kepada isu pendidikan
16:14dalam sekutuan Malaysia, pelaburan kepada pendidikan ini memang setiap tahun antara yang tertinggi
16:20sama ada di peringkat federal ataupun di peringkat negeri.
16:23Tetapi, mengapa anak Sabah memang terpaksa berhijrah paling dekat ke Kota Kinabalu lah
16:29ataupun bandar besar seperti Sandakan ataupun Tawau?
16:32Malah lebih daripada itu terpaksa ke Semenanjung Malaysia untuk mendapat pekerjaan.
16:36walaupun mereka mempunyai ijazah ataupun kelayakan kemahiran seperti Tibet dan sebagainya.
16:42Mengapa kali ini kerajaan negeri yang akan bakal dibentuk
16:45perlu memikirkan semasa mungkin memberi gaji yang adil,
16:50peluang pekerjaan yang lebih luas kepada anak-anak muda Sabah
16:54supaya akhirnya Sabah akan menerima pelaburan
16:58dan mereka bersedia untuk menerima anak-anak Sabah dalam industri pembuatan,
17:02industri berimpak tinggi dan sebagainya.
17:04Dr. Izan.
17:05Betul, kerana itu kita menekankan pembangunan infrastruktur asas di setiap kawasan-kawasan ini
17:13dan daripada itu baru kita boleh menarik pelabur-pelabur di kawasan luar bandar ini.
17:19Kita perlu menarik pelabur di kawasan luar bandar ini
17:23supaya anak-anak di kawasan pedalaman ini, luar bandar ini
17:27tidak keluar ke Kota Kinabalu ataupun Semenanjung untuk mencari pekerjaan.
17:31Cuma saya ingin tekankan di sini, sebenarnya bila kita lihat perkara berkenaan TIVED ini
17:39di Sabah ini kita sebenarnya tidak mempunyai universiti atau badan yang boleh cater untuk TIVED ini
17:47kerana TIVED ini berkaitan dengan sijil kemahiran Malaysia dan sijil kemahiran Malaysia ini dia di tahap 3
17:54dan yang keempat itu semuanya terletak di Semenanjung, ada 4 universiti di Semenanjung.
18:01Tapi saya ingin memuji juga pihak kerajaan terutamanya kementerian-kementerian persekutuan
18:07mereka dengan pantas meminta UMS, Universiti Malaysia Sabah, Universiti saya sendiri
18:13untuk cater pelajar-pelajar SKM ini.
18:17Jadi bila kita boleh cater pelajar-pelajar yang mempunyai sijil kemahiran Malaysia ini
18:22mereka tidak perlu ke Semenanjung, mereka boleh meneruskan pengajian mereka di Sabah
18:26seterusnya mendapatkan ijazah, meningkatkan pendapatan
18:30dan bila mereka meningkatkan pendapatan ini, mereka boleh balik ke kampung mereka untuk membuat perniagaan.
18:35Saya juga suka dengan inisiatif incubator untuk kita meningkatkan ekonomi di luar bandar ini
18:42dan kita memang kalau boleh kita bagi lagi geran-geran untuk membantu mereka
18:46dan seterusnya kalau boleh kita mahu mereka mula mengeksport barang-barang keluar daripada Sabah
18:53bukannya kita eksport tenaga mahir kita ke luar Sabah, keluar daripada Sabah
18:58kita mahu mereka eksport benda itu.
18:59Adakah tenaga mahir ini satu polisi yang mendesak juga untuk Sabah selepas pembentukan kerajaannya?
19:08Pada hemat saya belum lagi kerana kita masih kekurangan industri di sini.
19:15Kalau kerja pun tak ada macam mana?
19:16Jadi mau tidak mahu kita perlu terima, kita perlu izinkan mereka untuk keluar mencari rezeki
19:22kerana anak-anak muda ini yang mempunyai sijil kemahiran Malaysia ini
19:26mereka perlu mencari kehidupan, mencari pekerjaan, mencari rezeki dan seterusnya.
19:33Tetapi kerana itu kerajaan tidak boleh tutup sebelah mata.
19:38Mereka mesti juga menarik mana-mana pelaburan supaya anak-anak muda ini mempunyai tempat untuk mereka mencari kehidupan.
19:45Dari aspek pembangunan wilayah, ini satu isu besar juga.
19:52Apabila kita pergi Sabah ini seolah-olah dia punya jurang antara daerah ataupun wilayah di Sabah ini
19:59kerana Sabah demografi-geografinya amat besar berbanding di Semenanjung ataupun lebih kurang dengan Sarawak juga.
20:05Tetapi mengapa ini perlu dirapatkan supaya kerajaan yang bakal dibentuk memikirkan
20:12eh mengapa Pantai Timur ketinggalan jauh sedangkan talent developmentnya sudah diadakan,
20:21kawasan industri sudah dibuka, ada komuniti sawit yang besar disandakan, disempurna, ditawar antara yang terbesar di Malaysia.
20:29Tetapi di kawasan kudat utara Sabah begini pula keadaan ekonominya.
20:36Di Pantai Barat ini pula keadaannya.
20:38Mengapa ini perlu juga diperhatikan selain daripada pembukaan tambahan industri yang baru?
20:43Kerana itu kan pada hemat saya kadangkala kita ini terlalu melihat jauh kita bicara pasal ekonomi biru, ekonomi hijau dan digital.
20:52Tapi untuk sesetengah bahagian kawasan dan daerah yang sangat ketinggalan ini, mereka memerlukan satu industri sebenarnya yang sangat ringkas.
21:04Ya, lokal.
21:05Lokal.
21:06Contohnya paling senang adalah petanian.
21:09Petanian kita punya tanah ini sangat subur, lebih subur daripada, saya boleh berani mengatakan yang lebih subur daripada negeri sawak dan negeri-negeri yang lain.
21:18Tetapi dia tidak digunakan dengan sebaiknya.
21:20Tetapi sesetengah pihak, saya kecewa sebenarnya, sesetengah pihak menunding jari yang mengatakan orang-orang kampung dan orang-orang di kawasan luar bandar ini malas.
21:33Tidak mahu berusaha dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan.
21:36Tetapi sebenarnya mereka ini memang sepatutnya diberi bantuan seperti bantuan bajak, bantuan akses kepada racun dan serangga dan barulah mereka boleh membuka.
21:46Dan hari itu Dr. Izan kata mahal pula.
21:48Mahal. Ya. Kerana sesetengah kawasan ini, kalau boleh saya sebut, ada sesetengah kawasan itu, kalau kita mau buka dia, dia perlukan satu mesin yang teknologi tinggi.
21:59Sesetengah kawasan ini, dia tidak mempunyai teknologi itu.
22:02Dan keduanya, kepada mereka yang ada teknologi ini, mereka ini seolah-olah seperti kartel yang mengawal sesetengah kawasan ini.
22:14Saya bagi contoh, instead of mereka membantu orang kampung, mereka meminta orang kampung itu untuk menyewakan tanah itu kepada mereka.
22:22Jadi ini tidak memberi kebaikan kepada orang-orang kampung.
22:26Mereka bukannya meminta, kadang-kadang mereka memaksa untuk kita buka ini kawasan menjadi pertanian, kita mesti bersihkan dia.
22:33Untuk bersihkan itu, mesti melalui mereka.
22:36Dan saya rasa benda itu perlu dipantau agar dia tidak menghalang ekonomi orang-orang kawasan pedalaman ini.
22:44Berkaitan dengan pembangunan hal infrastruktur ini, dari aspek ekonomi yang berdaya maju dan bersaing, hal berkaitan dengan misalnya lapangan terbang.
23:03Kalau lapangan terbang masih menggunakan akses yang lama, misalnya Kota Kinabalu.
23:08Saya rasa Kota Kinabalu ini antara yang tersebut di Malaysia, selain daripada KLIA.
23:14Kedua.
23:14Banyak penerbangan terus di luar negara.
23:17Tetapi kita lihat seolah-olah dia stagnan.
23:20Dia tidak ada usaha untuk menjadikannya satu lapangan terbang yang akan memacu seperti Canggi, seperti KLIA, ataupun Dubai, misalnya.
23:29Kerana Kota Kinabalu ini dekat dengan Asia Timur.
23:33Untuk dibawa kepada KLIA ataupun ke Timur Tengah dan sebagainya.
23:38Itu satu hal dari aspek akses pelabuhan juga.
23:41Misalnya sepanggar kudat misalnya.
23:43Ada juga apabila saya dengar pedato-pedato politik itu ataupun manifesto.
23:48Ada cadangan untuk membawa landasan ketapi, membawa kargo dari kudat ke kawasan industri di seluruh negeri Sabah.
23:56Kerana pelabuhan yang dalam itu boleh dibina di kudat.
24:00Tetapi adakah ia hanya hangan-angan ataupun perlu dijadikan realiti oleh kerajaan akan datang ini?
24:07Benar, saya bersetuju di mana airport dan juga pelabuhan ini merupakan pemangkin kepada kemajuan ekonomi Sabah.
24:17Cuma mungkin kita punya pemimpin ini perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat, kerajaan persekutuan untuk membina lebih banyak airport tidak tertumpu kepada KKIA dan mungkin kita boleh besarkan airport bagian tawau.
24:33Dan mungkin kita boleh lihat juga airport di bahagian kudat.
24:37Dan saya ingin berpandangan pelabuhan itu pun juga perlu diperbesarkan lagi.
24:42Kerana cumanya masalah dia bila kita cerita pasal soal pelabuhan ini kan.
24:48Kita Sabah ini kita terlalu mengimport banyak barangan.
24:52Bila kita import barang, dia masuk 100%.
24:54Bila dia keluar, dia cuma keluar mungkin kosong.
24:57Mungkin 20%, 30%.
24:59Jadi, dia akan...
25:00Economic of skill dia tidak balance.
25:03Jadi, untuk sebuah-sebuah peniaga, dia akan factor in kos itu ke sana.
25:08Dan dia akan mengakibatkan kos yang tinggi.
25:12Dan dia menyebabkan kerajaan negeri Sabah ini berada di kedudukan yang tidak baik untuk menarik para pelabur ini.
25:19Jadi, benar...
25:21Jadi, apa quick wins dalam hal itu?
25:23Saya rasa kerajaan Sabah ini tak boleh hadimun dah.
25:26Tak boleh.
25:27Tak boleh.
25:27Tak boleh.
25:28Mesti ada quick wins dan long term juga.
25:31So, pada pandangan saya, benda pertama yang kerajaan Sabah mesti buat adalah berunding dengan kerajaan pusat
25:37untuk memberi subsidi pensetaraan harga ini.
25:41Pensetaraan harga ini.
25:42Jadi, dengan cara itu, kita boleh menarik pelabur dan juga mengurangkan harga-harga barang asas dekat Sabah ini.
25:50Jadi, bila harga-harga barang asas ini kita dapat turunkan seperti besi, keluli dan sebagainya,
25:54pelaburan akan... pelabur dan juga pembinaan atau bisnes akan slowly masuk ke negeri Sabah ini.
26:00Dan kita boleh ekspor.
26:01Dan kita boleh ekspor.
26:02Jadi, peningkatan aktiviti ekonomi itu akan semakin meningkat dan pendapatan pun akan semakin meningkat.
26:09Lama kelamaan, daripada 20%, kita ekspor akan ke 30%, 40% dan seterusnya.
26:15Kita mesti mula dari sekarang.
26:17Seperti yang Tuan Haji cakap, saya berharap sebaik sahaja Ketua Menteri angkat sumpah,
26:24bentuk kabinet, terus bincang untuk bentang belanjawan.
26:28Kerana kita ini tinggal bulan depan, bulan 12.
26:32Sebelum satu hari bulan Januari, Kerajaan Negeri Sabah mesti bentang belanjawan.
26:36Kalau tidak...
26:37Kena shut down.
26:38Shut down.
26:38Tidak ada gaji penjawat sahabat Negeri Sabah.
26:41Jadi, diharapkan mereka akan berlapang dadah.
26:45Tidak terlalu berpolitik lagi.
26:48Kerana...
26:49Berbincang lah.
26:49Berbincang elok-elok.
26:51Dan ketika pilihan raya ini, kamu sentiasa mengangkat rakyat nombor satu.
26:56Demi rakyat untuk rakyat.
26:57Semuanya mainan di mulut, bibir.
27:00Jadikan itu sebagai realiti.
27:02Bukan lagi janji-janji manis.
27:04Betul.
27:04Saya rasa ini antara perbincangan yang begitu realistik.
27:09Kerana tidak melibatkan orang politik, melibatkan orang akademik dan juga orang yang berada di lapangan.
27:14Dr. Izan menarik.
27:16Dan kita akan perhatikan bagaimana polisi kerajaan yang dijanjikan dalam Manifesto Pilihan Raya ini dapat ditunaikan.
27:23Dan saya rasa itu menjadi satu keutamaan dan disedari oleh pemain politik di Negeri Sabah.
27:29Terima kasih Dr. Izan Azian Abdul Jamil dari Universiti Malaysia Sabah.
27:32Terima kasih memberi ruang kami.
27:34yang macam studio awalnya juga malam ini.
27:36Terima kasih juga Tuan Azri.
27:37Sudi datang ke studio kami ini.
27:39Nari.
27:39Dr. Izan.
27:40Akhirnya dapat berjumpa pesemuka.
27:42Sekian Sabah Mamili.
27:43Terima kasih telah menonton!
28:13Terima kasih telah menonton!
Comments