Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk di kawasan terjejas banjir untuk menghadapi peperiksaan itu dengan tenang dan yakin terhadap kemampuan diri.
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan calon sijil pelajaran Malaysia SPM termasuk di kawasan terjejas banjir untuk menghadapi peperiksaan itu dengan tenang dan yakin terhadap kemampuan diri.
00:14Beliau turut mendoakan semua calon SPM diberi ketabahan dan mampu membuka pintu kejayaan yang lebih besar untuk masa depan.
00:20Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Pendidikan KPM dan pihak berkaitan telah bersiap-siaga bagi memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat, tersusun dan terjaga.
00:32Dalam hantaran itu, Perdana Menteri berkongsi video tinjauan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Putrajaya Presiden 11-1 yang melibatkan 228 calon oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia bernama.
00:45Peperiksaan bertulis SPM 2025 bermula pada Selasa dengan bahasa Melayu Kertas 1 melibatkan 413,372 calon bendaftar di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
01:00Peperiksaan SPM berlangsung sehingga 23 Desember. Setakat pagi Selasa, 8 negeri terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Pahang.
Be the first to comment