Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Banjir kilat yang berlaku secara tiba-tiba di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra, pagi tadi memaksa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipindahkan ke dua pusat peperiksaan lain yang berdekatan.
Transcript
00:00Banjir kilat yang berlaku secara tiba-tiba di kawasan sekolah menengah kebangsaan SMK Jutra pagi tadi memaksa calon-calon CJ Pelajaran Malaysia SPM dipindahkan ke dua pusat peperiksaan yang lain yang berdekatan.
00:13Jabatan Pendidikan Negeri JPN Kedah menerusi kenyataan memaklumkan banjir berlaku sekitar jam 10.20 pagi tadi melibatkan kawasan pekarangan Dewan Peperiksaan dan beberapa bahagian sekolah ketika peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kota 1 sedang berlangsung.
00:30Sehubungan itu, pegawai sektor pengurusan peperiksaan JPN Kedah telah hadir ke lokasi dan mengambil tindakan segera dengan memindahkan 17 calon yang akan menduduki peperiksaan Pendidikan Seni Visual Kertas 1 ke SMK Tanjung Pau.
00:44Ia adalah bagi memastikan peperiksaan dapat diteruskan dengan selamat mengikut ketetapan lembaga peperiksaan.
00:51Sementara itu, bagi peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2, kesemua 163 calon di SMK JITRA termasuk calon persendirian telah dipindahkan ke SMK Bandar Baru Dalul Aman yang telah dipersiapkan lebih awal sebagai pusat peperiksaan alternatif.
01:06Tambah kenyataan itu lagi, proses pemindahan kesemua calon telah dikendalikan oleh pihak sekolah dengan bantuan terak polis, kenderaan guru dan sokongan waris.
01:17Ketika ini, pihak sekolah bersama SPP dan Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu secara berterusan melakukan pemantauan paras air di lokasi terlibat.
01:27Manakala JPN Kedah akan berperanan memastikan segala keperluan logistik, keselamatan dan pelaksanaan peperiksaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
01:36Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended