00:00Sebanyak 92.5% atau 17,615 pengundi awal bagi PRN Sabah ke-17 menunaikan tanggungjawab mereka pada selasa.
00:11Bagi mendapatkan gambaran suasana hari mengundi awal, kita bersama Rakan Sugas Kalis Khadir yang berada di Keningau.
00:18Silakan Kalis dengan perkongsian anda.
00:21Terima kasih Rakan Sugas. 25 November 2025 baru selesai hari mengundi awal membabitkan seramai 19,043 pengundi iaitu 8,347 anggota tentera serta pasangan dan 10,696 anggota polis dan pasangan.
00:42Itu angka rasmi yang dimaklumkan oleh SPR menerusi satu kenyataan di mana SPR memaklumkan sejumlah 92.5% atau 17,615 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab itu.
00:59Itu berkenaan dengan angka dan peratusan.
01:03Sepanjang hari mengundi awal ini, kita juga bawakan liputan di tambunan misalnya saya dan Riza Rahim ke Balai Polis Tambunan.
01:11walaupun jumlahnya tidak ramai, hanya 18 anggota polis namun segala proses itu masih tertakluk kepada prosedur SPR dan prosesnya juga berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai di sebelah pagi dan petang.
01:26Sudah tentu kita juga bawakan liputan di beberapa kawasan lain seperti pengundi awal di Kemp Kotlawi yang dikongsikan oleh Rakan Sugas, sahabat saya Hasimi Muhammad.
01:38Di sana kita boleh lihat warna-warni demokrasi, ada yang pertama kali mengundi di Sabah, tidak terlepas mengundi bersama pasangan dan juga membawa anak kecil mereka.
01:50Dan ya, sudah tentu ini semestinya menjadi kenangan buat mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat di negara ini.
02:00Dan pastinya dalam masa sama di beberapa negeri kita tahu banjir bertambah buruk, PDRM seperti inisiatif yang dilakukan oleh Polis Lahat Datu.
02:12Turut menubuhkan pasukan bencana khas untuk memastikan kelancaran proses pengundian dalam berdepan seperti risiko jika pada 29 November ini dilanda cuaca buruk.
02:24Maka pelan tindak balas bencana telahpun diaktifkan dan semua aset keselamatan berada dalam keadaan siap syaga.
02:31Dan ini juga termasuk keselamatan di Lahat Datu terjamin, bukan seperti ada yang digembang-gemburkan di media sosial dan sebagainya.
02:41Ini jaminan disuarkan sendiri oleh ketua polis daerah Lahat Datu.
02:46Mungkin setakat itu dahulu perkongsian untuk hari mengundi awal pastinya berbaki beberapa hari lagi menuju 29 November.
02:55calon-calon dilihat maka rancang berkempen untuk menambat hati pengundi.
03:01Seperti kita lihat, Ketua Menteri Sabah, Merangkap Pengurusi Gabungan Rakyat Sabah, GRS, Datuk Seri Haji Jin Nur juga,
03:11turut mengingatkan rakyat supaya tidak memilih parti yang pernah gagal mentadbir negeri ini.
03:17Sebaliknya, kata beliau, pengundi perlu memberi mandat kepada GRS yang telah membuktikan prestasi cemelang sepanjang pentadbiran 5 tahun pentadbir Sabah.
03:29Termasuk juga pelbagai pelaksanaan telah dilakukan, pelbagai inisiatif bagi memastikan meningkatkan pembangunan ekonomi,
03:36kutipan hasil dan rizab ekonomi negeri.
03:38dan pastinya kenyataan-kenyataan seperti ini dan juga daripada pelbagai lagi pimpinan parti akan terus berlegar menyeru rakyat untuk bijak memilih.
03:47Sepertinya, Israwani bawakan juga liputan secara menyeluruh.
03:51Terus setia bersama Israwani setakat itu dahulu kembali ke Bukit Calil.
Be the first to comment