Skip to playerSkip to main content
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata tidak ada keperluan untuk menegangkan hubungan dengan kerajaan persekutuan, bahkan beliau sifatkan seruan itu hanyalah retorik politik. Sebaliknya, beliau berkata hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan yang diterajuinya telah membuahkan hasil yang lumayan kepada negeri di bawah bayu itu. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Bukan kalau kita baik dengan pimpinan kerajaan persekutuan, berarti kita tunduk.
00:08Itu tidak betul. Ini politik ataupun pemimpin-pemimpin politik di Sabah ini selalu menyatakan demikian.
00:18Kerana hanya untuk mendapat sokongan daripada rakyat biasa, ini sangat tidak betul.
00:25Saya ambil contoh diri saya, 5 tahun jadi Ketua Menteri, banyak rundingan-rundingan yang saya buat dengan Perdana Menteri
00:36termasuk Petronas berjaya kita laksanakan.
00:40Tidak perlu kita gaduh, tidak perlu kita menyampaikan secara yang tidak sesuai.
00:50Kita ada saluran yang perlu diikuti, hormat-menghormati di antara satu sama lain.
00:57Jadi senang kita berbincang, berunding dan apa juga permintaan kita kepada kerajaan persekutuan
01:05dapat kita jayakan dengan Petronas.
01:09Belum pernah berlaku sebelum ini, daripada kerajaan-kerajaan dulu.
01:14tetapi sampai kepada kerajaan saya, kita berunding dengan baik.
01:20Kita dapat memetrai perjanjian dengan Petronas.
01:24Hasilnya banyak.
01:26Kita dapat 50% equity di lapangan minyak dan gas Semarang,
01:3325% di Samur, 25% di ZLNG dan banyak lagi.
01:37Itu tidak pernah berlaku sebelum ini?
01:38Tidak pernah.
01:39Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended