00:00Dua pendaki dilaporkan maut ketika mendaki gunung Auraki puncak tertinggi di New Zealand.
00:06Polis New Zealand sahkan mayat kedua-dua mangsa telah ditemukan namun usaha membawa turun sedang dilakukan dalam keadaan alpine yang sangat mencabar.
00:18Identiti mangsa masih belum didedahkan tetapi Persatuan Pemandu Gunung New Zealand memaklumkan salah seorang yang maut adalah ahli organisasi itu
00:26manakala seorang lagi merupakan klien mereka.
00:30Pihak berkuasa menerima maklumat malam isnin mengenai empat pendaki yang memerlukan bantuan di kawasan gunung tersebut.
00:36Dua daripada mereka berjaya diselamatkan dengan helikopter pada pagi selasa dalam keadaan tidak cedera.
00:42Gunung Auraki yang berketinggian 3,724 meter merupakan sebahagian daripada Banjaran Elp Selatan,
00:49kawasan yang terkenal dengan cuaca berubah-rubah, risiko runtuhan salji dan celah rekahan yang kompleks.
Be the first to comment