00:00Seorang Senator Australia digantung daripada menghadiri Parlimen sepanjang tahun ini selepas memakai burka sebagai bentuk protes dalam Dewan Senat.
00:10Ketua Parti One Nation Pauline Hansen, 71 tahun yang terkenal dengan pendirian anti-Muslim dan anti-migran, memasuki Dewan Senat pada Isnin dengan memakai burka dari kepala hingga ke buku lali.
00:23Tindakannya itu sebagai bantahan kerana rang undang-undang yang dibawa untuk mengharamkan pemakaian burka di tempat awam tidak dipertimbangkan.
00:33Beliau digantung untuk sehari namun selepas enggan memohon maaf, Senat meluluskan usul kecaman pada selasa antara hukuman paling berat dalam beberapa dekad.
00:43Hansen kini dilarang menghadiri tujuh hari persidangan berturut-turut dan penggantungan itu akan bersambung apabila Parlimen bersidang semula Februari depan.
00:53Usul kecaman itu dibawa oleh Ketua Kerajaan di Senat, Penny Wong yang menegaskan tindakan Hansen telah menghina dan memperlekehkan agama yang diaduti hampir satu juta rakyat Australia.
01:05Penny berkata perbuatan Hansen merosakkan fabrik sosial negara dan memberi kesan buruk terutama kepada golongan rentan termasuk pelajar sekolah.
01:15Pada 2017, beliau melakukan aksi sama namun tidak dikenakan tindakan.
Be the first to comment