Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata dakwaan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gagal menangani isu infrastruktur jalan adalah tidak benar kerana peruntukan yang diterima daripada kerajaan persekutuan telah digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut. Beliau menempelak pihak yang mengeluarkan dakwaan itu berikutan kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan negeri dan persekutuan. #AgendaAWANI
00:00Dan melalui Majlis Tenaga Sabah, kita telah meluluskan 1,100 megawatt permohonan daripada beberapa syarikat untuk membina mini hydro, solar dan lain-lain.
00:20Ini jangka pendek?
00:21Jangka pendek dalam masa 2 tahun akan siap. Jadi keperluan itu, industri yang masuk dan sebagainya ini akan dapat kita atasi.
00:32Banyak lagi permohonan-permohonan yang sedang dipertimbangkan untuk menyelesaikan masalah elektrik di Sabah.
00:41Jadi mengenai jalan raya ini, ini memang satu hal, saya pun hairan yang cakap ini adalah mereka yang dulu bertanggungjawab jaga ini jalan raya.
00:55Ada yang jadi ketua menteri, ada yang jadi menteri federal luar bandar, lama, 6-7 tahun.
01:03Apa dia buat? Menyelesaikan masalah jalan raya ini.
01:09Ada lagi yang jadi menteri kerja raya negeri Sabah.
01:14Semasa dia, apa dia yang buat?
01:17Sekarang duduk di luar, cakap kerajaan gagal.
01:21Yang gagal sebenarnya ialah mereka kena, mereka tidak lakukan apa-apa waktu mereka mempunyai tanggungjawab.
01:29Seperti Leboraya Pen Borneo?
01:31Ya, jadi ini, tapi apapun.
01:34Kita terus bekerja.
01:35Kita terus bekerja.
01:37Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan yang begitu banyak termasuk pembinaan Pen Borneo dan lain-lain, jalan raya luar bandar.
01:49Jadi ini akan dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah ini.
Be the first to comment