Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Azam berkata, walaupun tiada laporan rasmi diterima, pihaknya menyedari dakwaan yang tular di media sosial beberapa hari lepas.
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM sedang menyiasat dakwaan kertas peperiksaan sijil pelajaran Malaysia SPM bocor dan dijual.
00:08Ketua Pengarah Pendidikan Muhammad Azam Ahmad berkata, walaupun tiada laporan rasmi diterima, pihaknya mengambil maklum dakwaan yang tular dalam media sosial beberapa hari yang lepas.
00:20Saya nampaklah itu saya tak ada terima laporan secara rasmi lagi, tapi kita dah dapatlah maklumat-maklumat itu daripada media sosial.
00:29Jadi itu dalam tindakan pengarah peperiksaan, pengarah lembaga peperiksaan. Saya pasti mereka ada posisi dia sebab saya pernah jadi pengarah peperiksaan. Kita ada posisi dia untuk menangani isu-isu yang demikian.
00:43Beberapa tangkap layar tular menunjukkan pihak tertentu menawarkan soalan SPM yang didakwa bocor dengan harga serendah RM499 bagi setiap mata pelajaran.
00:54Diceretai jaminan pengembalian wang sekiranya calon tidak memperoleh keputusan cemalang.
00:58Mohd Azam menegaskan bahawa kertas soalan SPM berada dalam kawalan yang ketat dengan semua prosedur keselamatan peperiksaan dipatuhi, termasuk di negeri yang terjejas bencana banjir.
01:08Seramai 413,372 calon menuduki SPM bagi tahun 2025.
01:12Ambil
01:14Muzik
01:14Muzik
Be the first to comment
Add your comment

Recommended