Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
KPM menyiasat dakwaan penjualan kertas SPM yang tular, sambil menegaskan kawalan keselamatan peperiksaan adalah ketat ketika lebih 413 ribu calon menduduki SPM 2025.
Transcript
00:00Dan hari sekali, Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan berhubung penjualan kertas peperiksaan sijil pelajaran Malaysia, SPM, yang didakwa bocor.
00:08Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad, walaupun tiada laporan rasmi diterima, pihaknya menyedari dakwaan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.
00:20Beliau memaklumkan tindakan itu kini diambil lembaga peperiksaan dan berdasarkan prosedur yang betul.
00:26Sebelum ini, beberapa tangkap layar tulang menunjukkan pihak tertentu menawarkan soalan SPM yang didakwa bocor dengan harga serendah RM499 bagi setiap mata pelajaran disertai jaminan pengembalian wang sekiranya calon tidak memperoleh keputusan cemelang.
00:41Dr. Azam menegaskan bahawa kertas soalan SPM berada dalam kawalan yang ketat dengan semua prosedur keselamatan peperiksaan dipatuhi termasuk di negeri yang terjejas bencana banjir.
00:51Seramai 413,372 calon menduduki SPM 2025 meliputi calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan termasuk maktab berendah sains marah MRSM dan maktab tentera diraja, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta berdaftar dengan kementerian pendidikan, sekolah menengah agama rakyat dan calon persendirian.
01:13Hari ini jadual SPM 2025 bermula dengan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula 8.15 pagi disusuli Pendidikan Seni Visual Teori Seni Kertas 1 pada 11.45 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2.30 petang.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended