Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kerajaan tegaskan tiada pengecualian cukai jualan ke atas barangan import, manakala LVG & SToDS pastikan persaingan adil antara peniaga tempatan dan asing.
Transcript
00:00Selanjutnya, Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan, tiada pengecualian cukai jualan diberikan ke atas barangan yang diimport melalui portal luar negara.
00:10Biar berkata demikian, semasa menjawab soalan Ahli Parlimen PH Bakri, Tan Hong Pin, di Dewan Rakyat.
00:17Untuk maklumat yang berhormat, tiada pengecualian cukai jualan diberikan ke atas barangan yang diimport melalui portal luar negara.
00:25Pengecualian cukai jualan terpakai ke atas barangan yang disenaraikan di bawah Perintah Cukai Jualan 2025, tanpa mengira sama ada barangan tersebut diimport atau dibeli daripada pengeluaran tempatan.
00:41Tambahnya, bagi memastikan persaingan yang seimbang antara peniaga tempatan dan luar negara di platform dalam talian,
00:47kerajaan melaksanakan cukai barang bernilai rendah atau LVG mulai 1 Januari 2024 pada kadar 10%.
00:54Amir Hamzah berkata jumlah kutipan hasil daripada transaksi digital melalui cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital luar negara meningkat,
01:02daripada RM802 juta pada 2021 kepada RM2.01 bilion pada 2024, termasuk LVG sebanyak RM476 juta.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended