Isu agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen serta perkembangan usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar, merupakan antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:00Baik isu agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen serta perkembangan usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar merupakan antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:12Menurut aturan urusan mesyuarat di Lamar Rasmi Parlimen, Datuk Mohd Syahar Abdullah BN Payabesar meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah kes melibatkan agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen atau mid-skamer termasuk dalam talian yang direkodkan dalam tempoh 3 tahun pada sesi soal jawat lisan.
00:30Beliau juga ingin mengetahui langkah serta tindakan tegas yang dilaksanakan Kementerian dan Ejisi Penguatkuasaan bagi membanteras penipuan dan melindungi mangsa yang terlibat.
00:41Pada sesi sama, Mohd Fawaz Mohd Jan, PN Permatampau, mengajukan soalan kepada Menteri Ekonomi berhubung perkembangan usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar yang dilihat masih belum mencapai sasaran serta halangan yang dihadapi.
00:56Selain itu, Datuk Syamsul Kahar Mohd Deli, BN Jumpol bertanyakan Menteri Komunikasi mengenai data jumlah syarikat Korea dan pegangan pasaran termasuk jenis syarikat antarabangsa atau tempatan.
01:07Beliau juga ingin tahu sama ada Kementerian akan menetapkan harga lantai untuk perkhidmatan penghantaran Korea, memandangkan garis panduan harga rujukan bagi perkhidmatan Korea yang diperkenalkan pada tahun 2022 hanyalah sekadar panduan harga dan bukan mandatory.
01:22Turut tersenarai soalan Wan Hassan Mohd Ramli, PN Dungun, kepada Menteri Keuangan mengenai sama ada Kerajaan bercadang memperkenal mekanisme baharu yang lebih menyeluruh bagi memastikan cukai terhadap golongan kaya dan pemilik barangan mewah dapat dipungut secara berkesan selepas cukai barang bernilai tinggi HVGT dibatalkan.
01:40Persidangan Dewa Rakyat kemudian diteruskan dengan menyambung semula perbahasan rang undang-undang perbekalan Belanjawan 2026, peringkat jawatan kuasa bagi beberapa kementerian.
01:51Mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen ke-15 Dewa Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dizember ini.
Be the first to comment