Delegasi tertinggi Hamas mengadakan pertemuan dengan Ketua Perisikan Mesir di Kaherah pada Ahad bagi membincangkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata serta keadaan terkini di Gaza, ketika Israel dan gerakan Palestin itu terus saling menuduh melakukan pelanggaran truce.
00:00Delegasi tertinggi Hamas mengadakan pertemuan dengan Ketua Perisikan Mesir di Kahirah pada Ahad.
00:06Ini bagi membincangkan pelaksanaan perjanjian gencata-sijata serta keadaan terkini di Gaza ketika Israel terus melanggar gencata-sijata.
00:16Mesir, Qatar dan AS menjadi perantara utama yang berjaya memutamatkan gencata-sijata yang berkuat kuasa sejak bulan lalu.
00:24Dalam kenyataan, Hamas menegaskan komitmennya terhadap pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencata itu.
00:32Hamas menuduh Israel melakukan pelanggaran berterusan yang didakwa mampu menggagalkan usaha menstabilkan keadaan di Gaza.
00:40Delegasi Hamas yang diketuai bekas Ketua Sayap Politik Gaza, Khalil Al-Hayah, turut menggesa pembentukan satu mekanisme jelas dan perinci
00:48di bawah seliaan para perantara bagi merekod dan menghentikan sebarang pelanggaran perjanjian.
00:53Hamas juga maklumkan pertemuan itu membincangkan isu pejuangnya yang berlindung di dalam terowong di Rafah selepas kehilangan komunikasi dengan kumpulan tersebut.
01:03Para perantara sedang berusaha menyelesaikan nasib sekumpulan pejuang Hamas yang dipercayai masih bersembunyi dalam rangkaian terowong di kawasan Gaza yang dikawal Israel.
01:12Pihak kesihatan Gaza pula melaporkan sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestine terbunuh dalam serangan udara Israel pada Sabtu menjadikan situasi kemanusiaan terus meroncing.
Be the first to comment