Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan enam negeri sejak semalam.
Transcript
00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan enam negeri sejak Jumat lalu.
00:11Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nur Hisham Mohamad berkata, lebih 15,000 anggota bersiap sedia untuk digerakkan, khususnya di empat negeri utara, selaras dengan perubahan tren hujan yang dijangka bermula di wilayah itu sebelum beralih ke pantai timur.
00:24Katanya, persiapan teliti telah dilakukan dan hanya 20% anggota dibenarkan bercuti bagi memastikan kekuatan operasi berada pada tahap optimam.
00:37MED Malaysia sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan Pelis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak sehingga Isnin, manakala Kelantan dan Teraganu sehingga Rabu.
00:50Mengulas kebakaran di Sekolah Kebangsaan Baling, Nur Hisham berkata, siasatan sedang dijalankan namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada sistem pendawaian elektrik.
01:02Beliau turut menasihatkan semua sekolah menjalankan audit pendawaian setiap 10 tahun bagi memastikan keselamatan bangunan sentiasa terjamin.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended