Skip to playerSkip to main content
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar

- BN Sabah Lancar Manifesto Rancangan Pembangunan Sabah Satu.

- Empat tonggak utama jadi taruhan calon GRS Tanjung Batu

- 'Black wave' pencabar parti besar, mahu jadi 'Kingmaker'

Category

🗞
News
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Terima kasih kerana menonton!
00:59Barisan Nasional BN Sabah melancarkan manifesto Sabah 1 yang memperkenalkan 6 teras pembangunan menyeluruh sebagai agenda utama parti itu sekiranya diberi mandat pada PRN ke-17.
01:106 teras itu menjadi kerangka besar transformasi Sabah, merangkumi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup, wanita dan anak muda tonggak negara, pendidikan berkualiti untuk semua, transformasi politik dan takbirus, masyarakat sihat dan negeri kebajikan serta kelestarian sumber.
01:28Komitmen Barisan Nasional Sabah adalah untuk mengembalikan mana-mana pembangunan yang tertinggal, terutamanya di dalam perkara yang melibatkan tiga serangkai, jalan, api dan air.
01:49Di samping itu kita lihat bahawa mahkamah anak negeri akan diperkasakan dan jawatannya akan diserapkan sebagai jawatan tetap.
02:01Dan ini merupakan satu game changer yang pada hemat saya, rakyat Sabah amat-amat memerlukan dan kerajaan persekutuan amat menghormati kerajaan yang termaktub di dalam perlembagaan Sabah itu.
02:17Sementara itu dalam siri kempen Sabah memilih pengurusi Barisan Nasional BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa BN tidak goyah menghadapi serangan politik, fitnah mahupun provokasi sepanjang kempen PRN.
02:32Menurutnya sokongan akar umbi yang terus mengukuh memberikan keyakinan kepada calon BN dan UMNO Sabah untuk merampas kursi yang ditandingi.
02:41Ya, ini memang berlaku. Ini memang berlaku tetapi kita tidak akan pernah lemah semangat.
02:47Dengan apa saja serangan, fitnah sama ada cara fizikal ataupun cara spiritual.
02:54Dan kita yakin kekuatan dokongan itu memberikan semangat kepada pemimpin-pemimpin dan calon-calon UMNO Sabah untuk memenangi kursi-kursi yang akan ditandingi.
03:06Kalau boleh kita nak menang semua tetapi realitinya ialah kita perlu bekerja kuat bahawa pihak seteru politik kita juga mempunyai senjata-senjata.
03:17Kita yang ampuh untuk menyerang kita dan kita yakin pada kali ini gelombangnya akan ke arah biru dan kita birukan semula negeri Sabah.
03:29Sementara itu ketika menyantuni program Sentuhan Kasih Desa di Dewan Sibuga Jaya Batu 8 Sandakan,
03:38Zahid Hamidi berkata daerah itu memerlukan sebuah kolej bertaraf profesional bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang berkaitan dengan TVET.
03:45Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini bagi memenuhi permintaan memandangkan Sabah hanya ada Kolej Institut Kemahiran Mara di Kota Kinabalu.
03:55Di Sabah terdapat 24 Giat Mara dan selepas Giat Mara itu perlukan sebuah kolej selain pada Kolej IKM di Kota Kinabalu.
04:09dan pada khidmat saya di kawasan Sandakan ini sangat perlukan sebuah kolej tinggi TVET ini.
04:19Ini penting kerana selepas di Sandakan ini kekurangan industri perkayuan,
04:30maka kita dapati Sandakan perlu dibangunkan semula dan pada perkiraan KKDW dan Mara,
04:41kita merasakan kawasan ini perlukan high TVET courses untuk ditawarkan pada pelajar-pelajar di sini.
04:49Calon Gabungan Rakyat Sabah JRS di Dun Tanjung Batu, Dr. Andi Mat Syamsu Rizal Mohd Sainal,
04:56tampil dengan empat tonggak utama yang menjadi asas perjuangannya jika diberi mandat pada PRN Sabah ke-17.
05:03Dr. Andi berkata aspirasi beliau bertanding di Tanjung Batu lahir daripada hasrat memastikan kawasan itu
05:09menjadi lebih maju dan sejahtera sejajar dengan keperluan masyarakat setempat.
05:15Sebenarnya aspirasi saya untuk menjadi calon Tanjung Batu ini adalah untuk memastikan Tanjung Batu menjadi lebih maju di masa akan datang.
05:25berdasarkan empat tonggak utama lah iaitu saya kena pastikan masyarakat saya sehat
05:31kerana masyarakat yang sehat itu adalah masyarakat yang produktif.
05:35Yang kedua itu saya mahukan kena pastikan dapurnya sehat.
05:39Ini lebih kepada ibu-ibu kita bermaksud di mana ekonomi penduduk kampung di Tanjung Batu ini adalah baik.
05:49Setiap malam itu ibu-ibu kita boleh menyediakan bahan-bahan makanan untuk anak-anak mereka dan keluarga mereka.
05:55Sebagai calon muda, Dr. Andi bertekad memastikan anak muda di Tanjung Batu dapat berdiri di atas kaki sendiri
06:02melalui pendidikan dan kemahiran yang relevan serta boleh dipasarkan.
06:07Seterusnya memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan infrastruktur di setiap kampung
06:12berteraskan masalah asas seperti jabatan yang belum dikonkrit sepenuhnya,
06:16jalan raya berlubang dan sistem perparitan yang tidak mencukupi masih memelenggu penduduk.
06:22Ketika ditanya mengenai peluang GRS menembusi kubu kuat barisan nasional di Tanjung Batu,
06:28Dr. Andi mengakui persaingan sangat sengit.
06:30Bagaimanapun beliau optimis, peluang kemenangan tetap terbuka
06:34berdasarkan sambutan positif pengundi sepanjang kempen setakat ini.
06:38Ini adalah kubu kuat BN. Saya nampak persaingan sangat sengit, terutamanya daripada calon BN.
06:48Namun, kita masih ada beberapa hari lagi untuk berkempen.
06:52Saya akan terus turun dan memberikan kefahaman kepada semua rakyat Tanjung Batu.
06:58Insya Allah, saya yakin dan pasti dengan bantuan, jentera dan juga respon yang saya terima sekarang.
07:06Insya Allah, kita akan beroleh kemenangan pada rakyat Tanjung Batu.
07:09Dr. Andi bakal berdepan saingan empat calon lain membabitkan Ayuf Abdul Rahman Warisan,
07:14Ahmad Dula PN, Samasuddin Yusuf BN dan Zanuddin Minggo PIS.
07:19Pada PRN 16, kerusi ini dibenangi Dato' Andi Muhammad Surya Dibandi
07:24yang juga ahli parlimen kalabakan atas tiket BN.
07:28Beliau memperoleh 4,728 undi, seterusnya mencatat majoriti selesa
07:33dengan 2,123 dalam saingan enam penjuru.
07:40Dato' Verdon Bahanda menyifatkan gerakan black wave atau gelombang hitam
07:45sebagai antara pencabat utama kepada parti-parti besar
07:48yang bertanding dalam PRN kali ini.
07:50Ahli parlimen kudat yang mengetuai gerakan itu berkata
07:53ia susulan peningkatan ketara sokongan pengundi
07:56terutama dalam kalangan anak muda dan atas pagar
07:59yang mahukan kepimpinan yang bersih dan benar-benar mewakili suara mereka.
08:05Setiap hari peningkatan dari segi penonjolan dan tarikan
08:08penyokong-penyokong maupun rakyat pada keseluruhannya
08:12kepada tawaran kita melalui gerakan black wave ini
08:18semakin menjadi tarikan ramai dan saya nampak kita adalah
08:24antara pencabat utama kepada parti-parti besar yang tengah bertanding sekarang ini.
08:30Mengulas mengenai lokasi yang menunjukkan lonjakan sokongan ketara,
08:34Verdon berkata perkembangan itu dapat dilihat di hampir semua kawasan
08:38yang ditandingi calon gelombang hitam termasuk kawasan-kawasan bandar dan pedalaman.
08:44Begitupun calon Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapur itu tidak mahu mendabik dada.
08:48Sebaliknya yakin gerakan itu memenangi sekurang-kurangnya 8 hingga 12
08:52daripada 17 kerusi yang ditandingi mereka.
08:55Saya jangkakan di parlimen kudat ini sendiri kita akan mendapat
08:593 kerusi yang kita tandingi di sini, N1, N2 dan N4 Tanjung Kapur ini
09:05dan juga beberapa kawasan yang lain seperti Malalap dan juga kawasan Inlanam.
09:12Begitu juga dengan calon-calon kita di sebelah Tawau, di Kukusan dan juga di Balong.
09:18Verdon menegaskan matlamat gelombang hitam ialah untuk berada dalam
09:22kerajaan negeri sebagai tulang belakang.
09:24Dalam masa sama memainkan peranan semak dan imbang bagi memastikan
09:28pentadbiran yang bakal dibentuk adalah bersih, bertanggungjawab dan benar-benar
09:32mewakili suara rakyat. Selain itu, gelombang hitam mengemukakan
09:3610 teras kepimpinan yang dianggap lebih relevan dalam memastikan
09:40suara rakyat dikembalikan kepada tempatnya.
09:43Antaranya mengembalikan kuasa kepada rakyat memandangkan ia tidak terikat
09:46dengan mana-mana arahan pihak luar dan bebas menyuarakan kepentingan
09:50pengundi masing-masing.
09:53Sementara itu pembangunan ekonomi dan penyelesaian isu asas rakyat
09:57menjadi antara agenda utama Datuk Verdon Bahanda sekiranya diberi mandat
10:01sebagai adun Tanjung Kapu dalam PRN Sabah akan datang.
10:04Ahli Parlimen Kudat itu berkata Tanjung Kapu merupakan antara daerah
10:07termiskin di Malaysia. Justru pembangunan infrastruktur asas
10:11serta pembukaan peluang ekonomi menjadi keutamaannya.
10:15Menurut Verdon, antara usaha yang telah diketengahkan ialah cadangan
10:19membuka semula pelabuhan kudat bagi menggerakkan aktiviti perdagangan
10:23dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
10:27Beliau turut memaklumkan cadangan mewujudkan taman perindustrian
10:31baharu di Kudat yang dibawa kepada kerajaan Sabah tahun lalu
10:34telah menerima kelulusan kabinet sebelum ini.
10:38Satu taman perindustrian yang baru itu telah diluluskan di peringkat kabinet
10:42pada kerajaan yang lepas.
10:45Dan saya harap supaya kehadiran saya, kemenangan saya itu nanti di Tanjung Kapur ini
10:50akan memperkukuhkan gerakan untuk mempercepatkan semua perancangan-perancangan
10:55yang boleh menaikkan ekonomi, transformasi ekonomi secara besar-besaran
11:01di Kudat ini ataupun di Duntanjung Kapur ini berlaku dalam pemerintahan saya
11:10ataupun dalam pentadbiran saya.
11:13Verdon yang bertanding atas tiket bebas menjangkakan dalam tempoh dua tahun pertama
11:18sebahagian projek yang telah dirancang dapat dimulakan
11:21sekaligus memberi ruang kepada pertumbuhan peluang perniagaan dan pekerjaan.
11:26Dalam masa sama beliau menegaskan pembangunan belia turut menjadi fokus utama
11:29memandangkan 60 hingga 70% golongan muda di kawasan itu
11:34terpaksa berhijrah ke Semenanjung dan luar negara untuk mencari pekerjaan.
11:40Usaha memperkukuhkan organisasi belia juga dilaksanakan lebih awal
11:44melalui penubuhan sekitar 20 kelab belia sejak tahun lalu
11:47membolehkan golongan itu menerima pelbagai geran dan bantuan kerajaan.
11:53Dalam PRN Sabah ke-17, Verdon yang menggerakkan gelombang hitam
11:57berdepan saingan 11 penjuru.
11:59Calon Parti Bumi Kenyalang PBK, Dato' Abdul Halim Yusof menyatakan keyakinan
12:10untuk memberi saingan sengit di kerusi Dun Tanjung Kapu
12:14meskipun berdepan pertumbuhan 11 penjuru pada PRN Sabah kali ini.
12:18Beliau berkata saingan sengit itu termasuk mencabar Ahli Parlimen Kudat
12:22Datuk Verdon berhanda membuka peluang sama rata kepada semua calon.
12:28Abdul Halim bekas Ahli UMNO selama lebih 15 tahun menjelaskan
12:32beliau terpanggil bertanding di bawah PBK kerana suara rakyat Sabah
12:36yang semakin lantang mendesak agar hak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963
12:41atau MA63 diperkasakan seperti mana pembangunan autonomi di Sarawak.
12:46Kami bukan mahu memerintah sebenarnya. Kami mahu masuk dalam pemerintahan
12:51siapapun yang mahu memerintah nanti kami akan mahu masuk
12:53supaya hak-hak Sabah itu adalah dipatuhi
12:59ataupun di N63 itu haruslah ditunaikan seperti di Sarawak.
13:06Mengulas dawaan calon PBK dianggap underdog dalam persaingan kali ini
13:10bekas jurutera berpengalaman itu menegaskan kenyataan tersebut
13:14tidak mencerminkan realiti sokongan akar umbi di Tanjung Kapur.
13:19Abdul Halim berkata jumlah masyarakat Bajau Ubian yang dianggarkan
13:22sekitar 13,000 orang ditambah dengan komuniti Bajau
13:26daripada suku lain serta sekitar 4,000 pengundi Bumi Putra Islam
13:30adalah kumpulan akar umbi yang dilihat memberi kelebihan kepadanya.
13:34Beliau juga menegaskan PBK menawarkan platform perjuangan yang lebih jelas
13:38dalam memperjuangkan autonomi negeri dan memastikan suara rakyat Sabah
13:42tidak diketepikan dalam dasar kerajaan.
13:45Selain itu, Abdul Halim berikram menjadikan penyelesaian isu
13:48pewartaan tanah perkampungan sebagai agenda utamanya
13:52sekiranya diberi mandat dalam PRN Sabah ke-17.
13:55PBK meletakkan 14 calon pada PRN Sabah ke-17.
13:59Seramai 34,000 pengundi berdaftar layak menjalankan tanggungjawab
14:03di Don Tanjung Kapur pada 29 November depan.
14:06Bila anda mahukan yang sahih, tepat dan komprehensif
14:12juga kenali jiwa anda melalui platform interaktif kami
14:15jadi jangan terlepas mengikuti liputan berhubung PRN Sabah ke-17
14:19di saluran 501 dan semua platform Astro Awani sekarang.
14:24Saya Jasmine Awabaka. Assalamualaikum. Kita jumpa lagi.
14:36Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended