Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
FIFA dalam alasan penuh keputusan rayuan menggesa Persatuan Bolasepak negara terlibat untuk membuat laporan polis dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah susulan pemalsuan sijil kelahiran tujuh pemain warisan Malaysia. FIFA menyifatkan pemalsuan itu sebagai kesalahan jenayah yang menjejaskan integriti bola sepak antarabangsa dan menekankan perlunya tindakan undang-undang oleh negara asal dokumen yang dipalsukan.
Transcript
00:00Persekutuan bola sepak antarabangsa FIFA dalam alasan penuh keputusannya menggesa persatuan bola sepak FA negara asal pemain termasuk Argentina, Brazil, Spanyol dan Belanda supaya membuat laporan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat dalam pemalsuan dokumen kelahiran tujuh pemain warisan Malaysia.
00:19Dalam dokumen setebal lebih 60 muka surat itu, FIFA menegaskan bahawa pemalsuan sijil kelahiran membabitkan rekod rasmi empat negara berkenaan merupakan kesalahan serius yang melampaui hanya peraturan bola sepak kerana ia melibatkan jenayah pemalsuan dokumen kerajaan luar negara.
00:38FIFA mengharapkan tindakan undang-undang termasuk laporan kepada pihak polis diambil di negara asal dokumen itu dikeluarkan sambil menambah bahawa pihak bertanggungjawab perlu diberi tindakan sewajarnya di mahkamah.
00:53Desakan itu dibuat sesulam perdedahan bahawa dokumen yang dihantar FEM kepada FIFA mengandungi maklumat kelahiran yang telah diubah termasuk pertukaran tempat lahir asal di Argentina, Brazil, Spanyol dan Belanda kepada lokasi-lokasi di Malaysia seperti Melaka Streets Settlements, Georgetown Streets Settlements dan Johor yang bercanggah dengan rekod kelahiran sebenar.
01:16FIFA melegaskan pemalsuan dokumen berkenaan merupakan tindakan terancang yang menjejaskan integriti bola sepak antarabangsa dan berkata badan Indo itu tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan langkah tambahan sekiranya tiada tindakan undang-undang diambil oleh negara asal.
01:33Malaysia sebelum ini dikenakan denda RM1.8 juta manakala tujuh pemain terbabit digantung 12 bulan dan didenda RM10,411 setiap seorang.
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended