Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Saksi, seorang pelajar senior dan ahli kumpulan Circle 19, memberitahu mahkamah bahawa beliau mengenali Zara sebagai pelajar yang periang, sopan dan menghormati senior, tanpa sebarang konflik antara mereka.
Transcript
00:00Proceeding hari ke-32, Inquest Kematian Allah Yerham Zahra Kairina Mahathir di Mahkamah Khas Korona Kota Kinabalu pada Rabu bersambung dengan keterangan saksi kanak-kanak ke-28 yang juga di imponen ke-37.
00:14Saksi seorang pelajar senior dan ahli kumpulan Circle 19 memberitahu Mahkamah bahawa beliau mengenali Zahra sebagai pelajar yang periang, supan dan menghormati senior tanpa sebarang konflik antara mereka.
00:30Pada hari 16 Julai 2025, lebih kurang jam 11.15 pagi, saksi bersama beberapa pelajar orang senior dan junior berkumpul di Surau bersama beberapa guru iaitu Cegu Yuslina, Cegu Fatima, Cegu Dayang Azirah dan Cegu Gloria.
00:48Pada ketika itu, saksi mendengar dan ada beberapa pelajar beritahu kepada Cegu bahawa Zahra menulis dan menyimpan buku dairi.
00:56Tetapi bila Cegu meminta para pelajar untuk mencari buku tersebut, tidak ada pelajar yang berani menawarkan diri.
01:06Melihat keadaan sebut, saksi menawarkan diri, dia volunteer untuk membantu mencari buku dairi milik Zahra.
01:13Lepas itu, saksi bersama Cegu Gloria pergi ke blok Domzara.
01:18Saksi naik sendirian ke Domzara, sementara Cegu menunggu di bawah.
01:21Saksi turut memaklumkan bahawa beliau menjumpai dua buah buku dairi di dalam satu beg sekolah berwarna hitam yang dipercayai milik arwah semasa berada di Domzara tersebut.
01:33Dia melihat dalam almari tersebut ada satu beg sekolah warna hitam.
01:38Dalam poket besar beg tersebut, saksi menjumpai dua buku, dua buah buku dairi.
01:42Satu buku hijau bertulis love and peace dan satu lagi buku berwarna unggu bertulis simple style.
01:49Saksi kata ketika itu, dia seorang saja dalam bilik Domzara.
01:54Dia mengaku pernah ada sempat membelek kedua-dua buku tetapi tidak membaca dengan teliti.
01:59Dia terus turun bawah dan bergerak balik ke surau bersama Cegu Gloria.
02:04Apabila di surau, saksi menyerahkan buku-buku tersebut kepada Cegu Yuslina.
02:08Dia kata dia nampak Cegu Yuslina membaca sebahagian kandungan buku tersebut di hadapan pelajar lain dan menyimpan buku tersebut.
02:17Saksi juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengetahui tujuan sebenar pencarian dairi itu dilakukan dan tidak mengetahui kandungan khusus dalam buku tersebut.
02:26Proseding turut merekodkan bahawa saksi tidak menaksikan apa-apa kejadian pada malam insiden 15 Julai 2025 dan hanya terbangun sekitar jam 4.50 pagi pada keesokan harinya untuk bersiap ke sekolah.
02:40Proseding Inquest akan bersambung semula esok dengan keterangan saksi kanak-kanak ke-29.
02:44Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended