Skip to playerSkip to main content
Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri, Penuh Rasa Nikmat Tak Terkata!

Bukan ayam goreng biasa! Resipi ni pernah dimasak oleh Tuanku Ampuan Pahang. Rasanya padu dan ada kelembutan rasa santan & rempah. Siapa dah try confirm faham kenapa semua orang puji

AYAM GORENG PEDAS ALA TUANKU PERMAISURI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
1 keping asam keping
200ml santan pekat
1 cawan kelapa parut goreng
1 helai daun kunyit hiris
3 sudu besar cili kisar ( cili kering )
4-5 helai daun limau purut
2 sudu besar gula merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air rebusan ayam secukupnya

BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci kunyit*
3 batang serai*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!


#majalahrasa #rasashare #resipi #resepi #recipe #dapurrasa #ingatmakaningatrasa #ayamgorengpedas #resipimudah #FoodieMalaysia
Transcript
00:00Muaz, hari ni aku nak masak ayam goreng, tapi bukan macam ayam goreng.
00:04Hah? Bukan ayam goreng tapi macam ayam goreng tapi bukan. Macam mana tu?
00:07Ini inspirasi daripada Tengku Ampuan Pahal.
00:11Oh, mesti sedap lauk ni.
00:13Kan lah, macam rasa dia.
00:14Macam dia nak buat dia?
00:15Okay, ayam dia kita kena rebus dulu, kemudian kita goreng.
00:18Oh, rebus dan goreng?
00:20Betul. Lepas tu tadi bahan-bahan yang kita kena kisar tu, kita kisar dulu.
00:24Kisar kasar ke halus?
00:26Kisar halus.
00:27Kisar halus. Warna kuning macam ni eh.
00:28Ya, betul. Ada semua benda dalam ni.
00:30Lengkuas semua ada semualah.
00:32Ni Tomis sampai pecah minyak macam biasa?
00:34Tomis sampai pecah minyak macam biasa.
00:36Ni ke ayam goreng dah ni kalau ada macam betul.
00:37Betul kan? Tapi dia panggil ayam goreng pedas.
00:40Alright, alright.
00:41Kemudian masukkan gula merah tadi tu.
00:44Gula merah dengan asam keping.
00:48Kacau lagi.
00:49Baik.
00:50Lepas tu masukkan santan.
00:51Hei, santan.
00:53Dah macam ayam rendang.
00:56Rendang pun ada ke?
00:58Betul.
00:58Tapi dia goreng dan rebus.
01:01Kemudian kita masukkanlah ayam yang kita dah rebus dan goreng tadi.
01:04Kacau gitu?
01:05Kacau gitu.
01:06Kacau lagi.
01:07Nampak macam gulai pun ada.
01:08Macam gulai pun ada kan?
01:09Lepas tu kita masukkan kelapa goreng.
01:11Kelapa goreng.
01:13Macam ala-ala kerisik lah.
01:15Tapi yang ni kita, kelapa ni kita goreng dulu.
01:18Yang kasor punya.
01:19Betul.
01:19Kemudian masukkanlah sebut perasa.
01:21Dah nak siap ni dah.
01:22Nak siap ni.
01:23Oh, sekejap lagi tu je.
01:24Haa, kemudian masukkanlah daun limau dengan daun kunyit.
01:29Kunyit.
01:29Dia raci-raci.
01:30Ya, dah pekat kan kuah dia lepas kita masukkan kelapa goreng tadi.
01:34Betul.
01:35Haa, memang betul macam rendang.
01:37Tapi dia panggil ayam goreng pedas.
01:40Oh, yang benar.
01:40Sedap makan dengan nasi.
01:42Dengan nasi impik pun sedap.
01:44Dengan pulut pun sedap.
01:45Ingat makan, ingat rasa.
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended