Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata setiap individu yang pernah keluar atau ingin kembali mempunyai sebab tersendiri, namun keputusan akhir tetap tertakluk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Transcript
00:00Spekulasi mengenai kemungkinan Khairi Jamaluddin kembali menyertai UMNO terus mencuri perhatian dengan pimpinan parti menegaskan bahawa UMNO kekal terbuka kepada individu yang ingin kembali namun proses dan peraturan dalaman perlu dihormati.
00:14Ahli majlis tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob berkata, parti itu bersifat inklusif dan sentiasa mempertimbangkan kepentingan serta kekuatan organisasi terlebih dahulu.
00:25Beliau berkata, setiap individu yang pernah keluar atau ingin kembali mempunyai sebab tersendiri namun keputusan akhir tetap tertakluk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi.
00:38Kita tahu Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi sangat terbuka dalam banyak hal. Beliau bukan seorang yang pendendam. Beliau sangat mempentingkan kepentingan parti.
00:50Oleh sebab yang demikian, kita serahkan kepada kebijaksanaan beliau untuk mengumumkakan pandangan dan saya pun tak tahu cerita ini sejauh mana yang nak masuk balik, betul-betul nak masuk ke, sejauh mana hasrat nak masuk, apa kaedah dan cara.
01:10Beliau berkata demikian semasa program penyampaian agihan interim Felkra di Kinabatangan pada Sabtu.
01:16Hujarnya, UMNO akan mengikut proses wajarnya sekiranya Khairi Jamuluddin mengemukakan permohonan semula sambil menegaskan parti mengutamakan perpaduan dan kekuatan dalaman sebelum membuat keputusan.
Comments

Recommended