00:00Perjalanan atau cara pada hari ini, 28 Oktober, hari terakhir,
00:07di mana untuk menutup Kepengerusian ASEAN 2025,
00:10Perdana Menteri akan mengadakan beberapa sesi bilateral
00:14dan mempenguruskan beberapa sidang kemuncak,
00:17termasuk sidang kemuncak ASEAN China,
00:21sidang kemuncak peringatan ASEAN New Zealand
00:23dan sidang kemuncak ASEAN Australia.
00:26Sidang-sidang ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi,
00:32perdagangan dan pembangunan mampan.
00:34Antara kemuncaknya ialah perjanjian perdagangan bebas ASEAN China
00:39yang akan memperkukuh hubungan ekonomi serantau.
00:44Sidang kemuncak hari ini juga akan diakhiri dengan majlis penutupan rasmi
00:49dan sesi penyerahan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina.
00:53InsyaAllah, dengan kejayaan sidang kemuncak ASEAN ke-47 ini,
00:59Malaysia telah menunaikan amanah selaku pengerusi ASEAN 2025
01:03dengan tekad yang cemerlang
01:06dan kita telah membuktikan bahawa
01:09di bawah tema keterangkuman dan kemampanan,
01:12ASEAN bukan sahaja kekal relevan,
01:15tetapi juga menjadi pemain utama dalam membentuk masa depan
01:19rantau Indo-Pasifik yang stabil, makmur dan adil.
01:25Malaysia juga ingin menzahirkan sokongan padu kepada Filipina
01:28yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan ASEAN.
01:33Semoga semangat perpaduan dan kerjasama yang telah dibina di Kuala Lumpur ini
01:37akan terus subur dan membawa manfaat yang berkekalan
01:41buat seluruh komuniti ASEAN.
Comments