00:00Misi Pengaman Pertumpuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Sudan Selatan bimbang terhadap kemerosotan keselamatan di wilayah itu.
00:07Jurucakap PBB Stephanie Dujarik menggesa semua pihak bertelagah menghentikan permusuhan dan mengingatkan kumpulan bersenjata mengenai tanggungjawab melindungi orang awam.
00:20Majlis Keselamatan PBB UNSC turut bimbang terhadap keganasan di Zhongli dan Eastern Equatoria memberi amaran bahawa pihak yang mengarahkan jenayah
00:29perang boleh didakwa di bawah undang-undang antarabangsa.
00:32Kenyataan itu menambah bahawa keganasan yang berterusan menjejaskan kemampuan UNMIS melaksanakan mandat perlindungan dan kestabilan.
01:10PBB melaporkan pertempuran kini berlaku pada skala yang tidak disaksikan sejak 2017 termasuk serangan sengit di Zhongli antara
01:18tentera kerajaan dan kumpulan SPLA in Opposition.
01:22UNSC turut menyuarakan kebimbangan terhadap desakkan menutup pangkalan UNMIS di Wau dan Bentiu yang dikuatiri akan melemahkan keupayaan misi pengaman.
01:32Majlis itu menggesa pemimpin Sudan Selatan melibatkan diri dalam dialog antara parti yang telus dan inklusif khususnya mengenai perubahan terhadap
01:40perjanjian damai 2018.
Comments