00:00Kembali dalam Bulutin Awani, pembangunan negara yang mapan tidak boleh hanya bergantung pada teknologi, kecanggihan ekonomi atau transformasi digital semata
00:09-mata.
00:10Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia perlu bermula daripada asas yang paling dekat iaitu institusi keluarga.
00:19Menurut Perdana Menteri, keluarga merupakan tapak utama pembentukan akhlak, nilai dan identiti generasi masa depan, semasa negara giat memperkukuh kecekapan
00:29digital, kecedasan buatan AI dan pendidikan STEM.
00:34Tegasnya dalam perlumbaan global yang semakin kompetitif, Malaysia tidak boleh mengabaikan asas moral dan nilai yang membentuk kepribadian rakyat.
00:43Rumahku, syurgaku, maknanya mesti asas pada rumah.
00:50Bapak, ibu itu menjadi bukan sahaja perdidik dengan kasih sayang, tapi contoh yang baik kepada anak-anak.
01:02Mudah-mudahan dengan majlis peluncuran dasar kasih keluarga ini.
01:10Bayangkan, kita bincang soal ekonomi.
01:15Sekarang ini IT, teknologi maklumat, digital transformation, energy transition.
01:26Tetapi pangkalnya masih keluarga.
01:30Sebab itu, saya menyokong dan memberikan segala dorongan kepada menteri dan kementerian untuk fokus dalam soal membentukkan keluarga yang sehat
01:44dan murni.
01:45Dan dasar kasih keluarga ini, satu peringatan kepada kita.
01:49Perdana Menteri berkata demikian sebab itu berucap di Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara dan Jelajah Sejahtera Madani Skim Insuran
01:58Kesejahteraan Rakyat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah di Ipoh pada Sabtu.
02:06Dalam pada itu, Anwar menjelaskan dasar kasih keluarga negara dirangka selari dengan reformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan kerajaan termasuk keputusan
02:15menurunkan umur kemasukan sekolah kepada enam tahun.
02:20Katanya walaupun kerajaan mahu membina generasi yang cekap, teknologi dan mahir dalam kecerdasan buatan, identiti Malaysia tetap mesti dibina atas
02:29asas akhlak, nilai dan budaya tempatan.
02:32Dasar Kasih Keluarga Negara merupakan sebahagian daripada Agenda Nasional Kasih Keluarga digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai
02:43kerangka besar untuk memperkukuh kesejahteraan keluarga di Malaysia.
Comments