00:00Baik sedikit laporan sukan pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia menerima sebarang kritikan dan tidak menolak mana-mana pihak yang mahu menyalahkannya berhubung isu dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Melayu dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA.
00:16Baginda menegaskan walaupun isu itu mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, Baginda tetap terbuka terhadap segala pandangan termasuk yang bersifat negatif.
00:26Dan jikalau ia membantu bola sepak penyokong bola sepak tanah air untuk tidur malam, nak saya, nak salahkan saya, by all means silakan. Saya terima dengan hati yang terbuka.
00:46Menurut Tunku Ismail, keutamaan kini ialah memastikan pasukan kebangsaan terus berjuang dalam suasana positif serta mendapat sokongan semua pihak.
01:00Baginda berharap pasukan dan pemain terbabit dapat meneruskan perjuangan dengan semangat tinggi.
01:08Baginda turut menyeru rakyat dan peminat bola sepak agar tidak terus menghukum, sebaliknya memberi ruang kepada FAM untuk menyelesaikan isu berkenaan melalui saluran sah.
01:19Sebelum ini, FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh jawatan kuasa tata tertib FIFA selepas didapati melanggar artikel 22 kod tata tertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.
01:35FAM didenda kira-kira RM1.8 juta, manakala setiap pemain dikenakan denda RM10,560 serta digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Comments