Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perkembangan itu bermakna FIFA dan presidennya, Gianni Infantino, gagal memperoleh sokongan majoriti daripada 211 ahli badan induk itu, sebelum Infantino mengumumkan awal Sabtu bahawa rancangan berkenaan dibatalkan.
Transcript
00:00Konfederasi Bola Sepak Asia AFC menyambut baik keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA
00:06membatalkan pelan melibatkan pelabur bagi Piala Dunia selepas menerima tentangan hebat.
00:12Perkembangan itu bermakna FIFA gagal memperoleh sokongan majoriti daripada 211 ahli badan induk itu.
00:20Sebelum Presidennya, Gianni Infantino mengumumkan rancangan berkenaan dibatalkan.
00:27Pembatalan itu selepas AFC menyokong Kesatuan Bola Sepak Eropah UEFA
00:31serta Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean, CONCACAF
00:36yang menolak rancangan FIFA untuk menjual pegangan minoriti dalam syarikat
00:41yang dicadangkan bagi mengurus hak komersial dan operasi kejauhanan kepada pelabur swasta.
00:46Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ibrahim Al-Khalifa berkata
00:50masa depan Bola Sepak Dunia perlu dibentuk melalui rundingan dan nilai hormat terhadap struktur takbir urus.
00:57Langkah FIFA itu turut mendapat kritikan Perdana Menteri Britain Andy Burnham
01:01yang menyifatkan Infantino sebagai individu tidak layak memimpin FIFA.
01:05Sebagai bantahan, penasihat kanan FIFA Carlos Cordero meletak jawatan pada Jumaat
01:10menandakan beliau tidak bersetuju dengan rancangan FIFA untuk menjual pegangan kepada firma ekuiti swasta.
Comments

Recommended