00:00Makanan tradisional berasaskan tepung sagu yang dikenali sebagai boyat hasil air tangan seorang warga emas di Alogajah, terus mendapat tempat di hati penggemarnya.
00:09Abdul Kahar Jafar, 65 tahun berkata, makanan tersebut telah dijual di kampung Pulau Masjid Tanah Alogajah sejak 12 tahun lalu, sebelum berpindah ke lokasi lain tidak jauh dari gerai asalnya.
00:21Menurutnya, menjual makanan tradisional itu merupakan idea istrinya iaitu Noraida Muhammad, 59 tahun, memandangkan ia suka ditemui sekaligus dapat memperkenalkan boyat yang pernah menjadi makanan ruji orang dahulu kepada generasi muda.
00:36Abdul Kahar berkata, makanan tersebut dihidangkan bersama gula melaka dan santan.
00:42Selain itu jelasnya, boyat juga sering dihidangkan seperti cendol dengan mencampurkan kacang, jagung dan ais.
00:48Abdul Kahar berkata, antara pilihan yang dijual ialah boyat biasa berharga RM4 sebekas atau RM5 dibungkus, manakala boyat kacang jagung pula dijual pada harga RM5 sebekas atau RM6 dibungkus.
01:02Ujannya, bahan utama boyat seperti tepung sagu rembia diperoleh dari Terengganu dan Kelantan, namun bekalan itu kini sukar didapati menyebabkan mereka hanya menjual apabila stok tersedia.
01:13Bahan mentah dia kadang-kadang ikut stok lah daripada Terengganu, Kelantan, diorang hantar baru kita dapat buat lah.
01:19Kalau stok dia tak ada, tak adalah jual.
01:23Mereka seharian lah, buat kawasan sini dah, kawasan gunung dia dah, tak ada.
01:29Belah-belah Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, banyak lah.
01:31Tambahnya, setiap hidangan disediakan sendiri menggunakan bahan segar dan tanpa bahan pengawet termasuk santan dan gula melaka.
01:40Gerai kecil yang beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga pukul 4 petang itu, sering menjadi tumpuan pelanggan setia yang datang bukan sahaja untuk menikmati rasa unik boyat, malah mengimbau nostalgia zaman dahulu.
01:52Pertengganu, saya tak tahu benda ni.
01:57Saya rasa sedap, lebih sedap pada cendol kot.
02:00Pasal makanan ni, dia ada di sini sahaja.
02:04Tempat lain tak ada.
02:05Sekitar Melaka tak ada.
02:06Semua ada di kampung pulau.
02:09Masih tanah?
02:10Melaka sahaja.
02:12Sedap, manis.
02:14Ini produk dia lah ni.
02:16Produk kampung pulau.
02:18Yang tempat lain tak ada.
02:22Terima kasih kerana menonton!
Comments