Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Pemain golf profesional dunia, Tiger Woods mengesahkan beliau menjalani pembedahan tulang belakang bagi menangani masalah sakit belakang yang serius.
Transcript
00:00Pemain golf profesional dunia Tiger Woods mengesahkan beliau menjalani pembendahan tulang belakang bagi menangani masalah sakit belakang yang serius.
00:09Dalam satu kenyataan rasmi, Woods berkata beliau yakin pembendahan tersebut adalah keputusan terbaik selepas melalui proses perundingan dengan pasukan pakar perubatan.
00:20Jelasnya pembendahan pergantian cakera tulang belakang itu dilakukan selepas berbulan-bulan menderita kesakitan dan mengalami kekangan pergerakan.
00:28Tiada tempoh masa ditetapkan mengenai bila Woods akan kembali beraksi secara kompetitif selepas pembendahan terbarunya itu.
00:37Woods 49 tahun sebelum ini menjalani pembendahan pada Mac lalu untuk membaiki tenden Achilles kiri yang koyak dan hanya beraksi dalam jadual terhad sejak kemalangan kereta pada Februari 2021.
00:50Beliau tidak tersenarai dalam senarai awal pemain bagi kejohanan Hero World Challenge yang dijadual berlangsung dari 4 hingga 7 Disember di Albany, Bahamas di mana Woods dijadual menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended