Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Keputusan di Negeri Sembilan menuntut Bersatu untuk mengambil tindakan yang berani bagi meningkatkan disiplin dalaman, bekerja dengan kuat dan membawa agenda perubahan yang dapat memberi manfaat terbaik untuk rakyat.
Transcript
00:00Parti Peribumi Bersatu Malaysia akan membincangkan pembentukan gabungan parti-parti politik yang sederhana dan progresif bagi menyegarkan demokrasi negara demi
00:11masa depan yang lebih cemerlang.
00:13Kenyataan parti itu menyusul selepas keputusan pilihan rakyat negeri, Negeri 9 ke-16 yang berlangsung pada Sabtu.
00:23Setia usaha agungnya, Datuk Seri Muhammad Azmin Ali berkata, keputusan PRN Negeri 9 perlu diteliti secara terperinci termasuk menerusi proses
00:33bedah siasat bagi mengenalpasti langkah strategik untuk memperkukuhkan perjuangan parti itu dalam membawa agenda rakyat Malaysia.
00:41Tegasnya keputusan di Negeri 9 menuntut Bersatu mengambil tindakan yang berani bagi meningkatkan disiplin dalaman, bekerja dengan kuat dan membawa
00:50agenda perubahan yang dapat memberi manfaat terbaik untuk rakyat.
00:54Mengulas lanjut, Muhammad Azmin berkata, Bersatu menerima keputusan pengundi Negeri 9 yang memberikan sokongan kepada calon parti itu di 24
01:03kawasan yang ditandingi.
01:05Pilihan raya kali ini merupakan kali pertama parti itu menyertai pilihan raya menggunakan simbol sendiri tanpa bergantung atau menumpang kepada
01:13pihak lain.
01:15Dalam masa sama, Bersatu mengucapkan tanya kepada barisan nasional yang diberikan mandat baharu membentuk kerajaan Negeri 9.
Comments

Recommended