Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, susulan kejayaan program i-Saraan, inisiatif baharu i-Saraan Plus yang diperkenalkan khusus buat pemandu e-hailing dan p-hailing menawarkan had insentif padanan tahunan lebih tinggi iaitu RM600 dan RM6,000 sepanjang hayat.
Transcript
00:00Kumpulan wang simpanan KWSP menghargai keputusan kerajaan melanjutkan pelaksanaan program AISARAAN pada 2026 untuk terus menawarkan insentif padanan sebanyak 20%.
00:13Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulkarnain On berkata,
00:17Susulan Kejayaan Program AISARAAN, Inisiatif Baharu AISARAAN Plus yang diperkenalkan buat pemandu e-hailing dan p-hailing menawarkan had insentif padanan tahun lebih tinggi iaitu RM600 dan RM6,000 sepanjang hayat.
00:33Menurutnya, pemandu bakal didaftarkan sebagai ahli KWSP melalui penyedia platform yang akan membantu melaksanakan potongan caruman pada kadar ditentukan pemandu sendiri di bawah skim tersebut.
00:46Selain itu, insentif padanan kerajaan bagi program AISURI juga dilanjutkan hingga 2026 bagi mengiktiraf sumbangan suri rumah terhadap pembangunan keluarga dan negara dengan kelayakan umur dinaikkan dari 55 kepada 60 tahun.
01:01Tambahnya, insentif ini ditawarkan sebanyak 50% dari jumlah caruman tahunan tertakluk kepada maksimum RM300 setahun dan RM3,000 sepanjang hayat.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended