Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Isu pendaftaran pemain yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan semangat skuad kebangsaan apabila menewaskan Laos 3-0 pada perlawanan ketiga Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 di Vientiane, malam tadi.
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Ketua Pasukan Dion Kuls dan Pemain Gantian Faisal Abdul Halim, masing-masing pada separuh masa kedua, membantu Malaysia meraih kemenangan ketiga berturut-turut.
00:42Pada pertemuan di Stadium Nasional New Laos, Malaysia yang kehilangan hikmat tujuh pemain warisan, susulan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA baru-baru ini tetap tampil bertenaga sejak awal permainan.
00:56Menjelang penghujung babak pertama, Malaysia yang dibimbing Peter Siklamovsky mensiasiakan peluang terbaik apabila tampanan Romel Morales dari jarak dekat hasil hantaran Kuls tepat ke arah penjaga gol Laos, Kop Lok Fatib.
01:10Jaringan yang ditunggu akhirnya tiba apabila rembatan Leret Arif Aiman berjaya menembusi kawalan Lok Fatib untuk membuka jaringan pasukan negara pada minit ke-53.
01:21Kuls menggandakan jaringan apabila meledak gol keduanya dalam kempen kelayakan ini untuk mengukurkan kedudukan Malaysia pada minit ke-68.
01:29Faisal melengkapkan kemenangan 3-0 Malaysia apabila turut mencatat nama sebagai penjaring pada masa tambahan separuh masa kedua.
01:39Pasukan negara akan melayani kunjungan Laos dalam aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil selasa depan.
01:45Selepas 3 perlawanan, Malaysia kini mendahului kumpulan F dengan 9 mata, diikuti Vietnam di tempat kedua 6 mata, Laos di tempat ketiga 3 mata dan Nepal tercorot tanpa sebarang mata.
Comments

Recommended