Presidennya, Datuk William Ng berkata, kerajaan perlu mengelakkan sebarang pengenalan cukai baharu yang boleh menjejaskan momentum pemulihan ekonomi, memandangkan sebahagian besar PKS masih berdepan kekangan aliran tunai dan peningkatan kos operasi.
00:00Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Samenta menggesa kerajaan agar memastikan belanjawan 2016 benar-benar mesra perusahaan kecil dan sederhana PKS. Dokumen perbelanjaan tahunan itu perlu memberi tumpuan kepada pengurangan tekanan kewangan, peningkatan akses kepada pembiayaan serta sokongan terhadap perdagangan intra-ASEAN.
00:20Presidennya Datuk William Ng berkata kerajaan perlu mengelakkan sebarang pengenalan cukai baru yang boleh menjejaskan momentum pemulihan ekonomi memandangkan sebahagian besar PKS masih berdepan kekangan aliran tunai dan peningkatan kos operasi.
00:36Katanya menurut kajian Samenta SME Outlook Survey, 7 daripada 10 PKS mempunyai simpanan tunai kurang daripada 6 bulan dan ini bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan cukai baru atau menambah beban pematuhan.
00:51Ujar beliau, Belanjawan 2026 perlu memberi keutamaan kepada usaha meringankan tekanan aliran tunai dan meningkatkan daya saing PKS termasuk peluasan skim jaminan kredit sedia ada agar lebih banyak PKS termasuk perusahaan mikro dan syarikat baru dapat memperoleh pembiayaan tanpa cagaran yang tinggi.
01:10Kerajaan juga katanya perlu memperkenalkan pembiayaan berasaskan hasil atau tanpa cagaran bagi meningkatkan akses kepada modal kerja.
01:17Mengulas melalui transformasi digital, Eng berkata sokongan terhadap otomasi dan pendigitalan berskala kecil perlu diperkukuh melalui pembiayaan bersama, latihan dan program khidmat nasihat yang bersesuaian dengan keperluan PKS.
01:32Beliau turut mencadangkan agar insentif cukai diberikan kepada PKS yang melaksanakan amalan alam sekitar, sosial dan takbir urus ESG termasuk potongan cukai atau kadar faedah istimewa bagi mereka yang mencapai penanda aras kelestarian.
01:44Perbelanjaan yang digunakan untuk membangunkan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN juga wajar diiktiraf sebagai kos boleh ditolak cukai.
01:54Ini akan menggalakkan lebih banyak PKS melabur dalam perkongsian serantau, usaha sama dan jaringan ekspor di peringkat ASEAN.
02:02Eng menambah, usaha kesimbangan serantau juga perlu diberi perhatian agar PKS di pantai timur, Sabah dan Sarawak turut mendapat akses setara kepada infrastruktur pembiayaan dan latihan.
02:13Sebagai belanjawan pertama di bawah rancangan Malaysia ke-13, belanjawan 2026 perlu membantu PKS beralih daripada fasa kelangsungan kepada fasa daya saing dan daripada menjadi pembekal kepada menjadi inovator serta pemain serantau.
02:30Sementar turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan dasar-dasar yang diumumkan dapat diterjemah kepada kesan sebenar di peringkat pelaksanaan.
Be the first to comment