Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 akan dilancarkan Disember ini, fokus kepada tadbir urus, masyarakat dan industri, selaras aspirasi Malaysia sebagai negara berpaksikan AI menjelang 2030.
00:00Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan AI Kebangsaan 2026-2030 dijangka dilancarkan pada Desember ini
00:07yang memberi tumpuan kepada sektor dan bidang utama seperti tatbik urus, masyarakat dan industri.
00:12Menteri Digital Gobind Singh Dio berkata, pelan itu yang kini dibangunkan oleh Pejabat AI Kebangsaan, NAYO,
00:18itu merupakan sebahagian daripada usaha kesiapsiagaan negara dalam merealisasikan aspirasi Malaysia
00:23untuk menjadi negara berpaksikan AI menjelang 2030.
00:26Jelasnya antara bidang utama yang akan diberi perhatian ialah aspek tatbik urus.
00:31Dokumen ini akan memperincikan lagi kerangka kerja tatbik urus dan etika kecerdasan buatan AIGE yang dilancarkan tahun lepas.
00:38Gobind Singh berkata, pelan tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 itu juga akan menghimpulkan cabaran yang dihadapi oleh ketiga-tiga sektor utama berkenaan.
00:46Dalam pada itu, menerusi ucap tamanya, beliau berkata, Malaysia kini berada di landasan tepat untuk muncul sebagai hak pusat data ASEAN
00:54dengan unjuran menampung 2 per 3 kapasiti serantau menjelang 2035 disokong oleh rangkaian 5G bertaraf dunia.
01:01Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa infrastruktur kukuh juga perlu disokong oleh dasar yang berlandaskan kepercayaan.
01:08Dasar perkomputeran awam negara turut diperkenalkan pada tahun ini bagi memastikan masa depan awam yang selamat, berdaulat dan mampan.
01:15Katanya, sambil menambah bahawa strategi kepercayaan digital dan keselamatan data juga sedang dirangka bagi memperkukuh daya tahan negara.
Be the first to comment