Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Jangkaan itu berdasarkan pertumbuhan hasil yang mampan, di samping pengembangan ekonomi yang berdaya tahan, menyokong perbelanjaan operasi yang meningkat untuk menampung kenaikan gaji dan pencen kakitangan awam dalam fasa kedua dan terakhir, selain perkhidmatan awam dan bantuan sosial lain yang penting.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Belanjawan 2026 dijangka meneruskan pengukuhan fiskal bertujuan mengecilkan defisit kepada 3.6% daripada keluaran dalam negara kasar KDNK.
00:10Susulan defisit belanjawan 2025 berada di landasan yang betul untuk memenuhi sasaran 3.8% daripada KDNK.
00:18Maybank Investment Bank, Maybank IB berkata, jangkaan itu berdasarkan pertumbuhan hasil yang mampan di samping pengembangan ekonomi yang berdaya tahan.
00:26Pada masa sama ia turut menyokong perbelanjaan operasi yang meningkat untuk menampung kenaikan gaji dan pencin kaki tangan awam dalam fasa kedua dan terakhir selain perkhidmatan awam dan bantuan sosial lain yang penting.
00:39Maybank IB menambah bahawa perbelanjaan pembangunan dijangka kekal stabil disokong oleh pelaburan domestik daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC di bawah program Gear Up dan menerusi projek inisiatif perkongsian awam swasta atau kewangan swasta.
00:55Bank pelaburan itu turut menjangkakan belanjawan kali ini kurang memberi tumpuan kepada langkah cukai selepas beberapa siri levy baharu pada 2024-2025.
01:04Ia turut melihat penangguhan daripada cukai baharu berbanding 2024-2025 dengan memperkenalkan cukai keuntungan modal dan cukai barang bernilai rendah pada 2024, cukai dividen dan cukai minimum global GMT pada 2025 dan simakan cukai jualan dan perkhidmatan pada 2024-2025.
01:24Satu-satunya cukai baharu pada jangkaan pihaknya dalam belanjawan 2026 ialah cukai karbon yang disebut dalam belanjawan 2025 yang akan bermula dengan industri tenaga dan keluli dan juga besi dengan tumpuan pelaksanaan berterusan GMT dan e-invoice.
01:40Menurut Maybank IB, potensi peluang khas termasuk kenaikan duty exercise ke atas tembakau, minuman beralkohol, cukai permainan atas alasan kesihatan awam dan sosial.
01:50Bank itu turut menekankan bahawa skop untuk memperluaskan rasionalisasi subsidi bersasar melangkaui elektrik dan minyak bagi mengatasi ketirisan serta menghapuskan subsidi sementara secara berperingkat seperti gas petroleum cecair, minyak masak, penjagaan kesihatan awam, pendidikan dan gula diikuti pula dengan berakhirnya subsidi sementara ke atas ayam pada 2023 dan telur tahun ini.
02:14Sementara itu, langkah utama bagi ekonomi dan sosial di bawah rancangan Malaysia ke-13, 2026 hingga 2030, dijangka memberi tumpuan kepada pembaharuan pasaran buruh dan sokongan pendapatan termasuk butiran mengenai levi pekerja asing pelbagai peringkat dan had 10% yang dicadangkan ke atas bahagian pekerja asing daripada jumlah pekerjaan.
Comments

Recommended